Tahniah diucapkan kepada aktor Fattah Amin yang selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, penyanyi Amira Othman,32, dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Golden Palm Tree Malaysia, Sepang, Selangor pada malam Ahad.

Hanya dengan sekali lafaz, pasangan sama cantik sama padan sah bergelar pasangan suami isteri tepat pada jam 9.08 malam.

Pasangan selebriti itu dinikahkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan disaksikan bapa pengantin perempuan.

Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan Amira menerima mas kahwin seutas gelas emas.

Majlis penuh sederhana tetapi meriah itu dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat serta kenalan industri hiburan.

Kehadiran puteri kesayangan Fattah, Nur Fatima Aisya turut mencuri perhatian apabila dia setia menemani bapanya sepanjang majlis berlangsung.

Ads

Lebih istimewa, majlis pernikahan pasangan itu yang dinamakan Setulus Takdir: Fattah Amira turut bersiaran secara langsung menerusi aplikasi Unifi TV 2.0, saluran Inspirasi secara percuma

Sekadar info hubungan rapat antara Fattah Amin dan Amira Othman mula menjadi perhatian sejak hujung tahun lalu.

Spekulasi semakin hangat apabila mereka dilihat bersama ke London pada Januari lalu bagi menjalani penggambaran muzik video. Namun, Amira ketika itu menjelaskan tujuan kehadiran mereka hanyalah untuk urusan kerja.

Ads

Tidak lama selepas itu, pasangan ini dilantik sebagai duta kempen raya jenama pakaian Jakel dan kerap tampil berdua di acara rasmi dengan gaya sedondon sehingga mencuri tumpuan ramai.

Pada Februari, khabar angin mendakwa mereka sudah bertunang mula tersebar, tetapi kedua-duanya tampil menafikan perkara tersebut. Amira menegaskan dia tidak pernah bertunang dengan Fattah, manakala Fattah pula menekankan hubungan mereka sekadar rakan kerja.

Desas-desus mengenai perkahwinan mereka kembali diperkatakan pada Mei apabila ada yang mendakwa Fattah bakal melamar Amira pada 25 Mei. Bagaimanapun, pelakon itu sekali lagi menolak dakwaan berkenaan dengan menjelaskan tiada tarikh perkahwinan ditetapkan pada ketika itu.

Ads

Selepas sekian lama berteka-teki, akhirnya pada Selasa lalu Fattah dan Amira mengumumkan mereka bakal disatukan hari ini bersempena dengan ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35.

Berita gembira itu dikongsi ketika sidang media pelancaran single duet Rasa & Takdir nyanyian Amira bersama adiknya, Irfan Haris.

Untuk rekod, Fattah pernah berkahwin dengan aktres Fazura pada 27 November 2017 dan berpisah pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia empat tahun, Nur Fatima Aisya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads