Ads

“Markah Paling Sikit Yang Juri Bagi Dalam Sejarah,” – Beri 2 Markah Kepada Peserta Big Stage, Penjurian Ajai Dapat Reaksi Netizen

Minggu pertama program hiburan realiti, Big Stage 2020 telah menyaksikan 12 perserta masing-masing membuktikan bakat mereka, malam Ahad.

Bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), musim terbaru rancangan yang mengangkat bakat nyanyian di kalangan bintang muda itu mendapat reaksi pelbagai netizen.

Salah seorang juri tetapnya, Ajai juga turut mendapat reaksi segelintir penonton.

Menerusi komen di media sosial, ada yang berpendapat, komen yang dilontarkan komposer berkenaan agak keterlaluan.

Misalnya, Ajai juga telah memberikan sebanyak 2 markah kepada salah seorang pesertanya, Hafiz Zainal.

Ads

“Markah paling sikit yg juri bagi dalam sejarah bigstage iaitu 2 markah dari juri bajet bagus ajai.

“Aku je ke rasa ajai ni mcm over gila.hilang mood nak tgk #BigStage2020,” tulis salah seorang pengguna Twitter.

Ads

“Markah Paling Sikit Yang Juri Bagi Dalam Sejarah,” – Beri 2 Markah Kepada Peserta Big Stage, Penjurian Ajai Dapat Reaksi Netizen “Markah Paling Sikit Yang Juri Bagi Dalam Sejarah,” – Beri 2 Markah Kepada Peserta Big Stage, Penjurian Ajai Dapat Reaksi Netizen “Markah Paling Sikit Yang Juri Bagi Dalam Sejarah,” – Beri 2 Markah Kepada Peserta Big Stage, Penjurian Ajai Dapat Reaksi Netizen

Bagaimanapun, tiada peserta yang tersingkir pada minggu pertama saingan.

Ads

Selain Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir turut mengalas tanggungjawab sebagai juri profesional bagi tahun ini sementara penyanyi lagu Jampi, Hael Husaini diundang sebagai juri jemputan.

Juara pada musim ini akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000, manakala tempat kedua dan ketika bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Sumber: Twiter Kroolnizam

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Terus Terbang Tinggi, Kami Merayakan Kemenanganmu,” – Dedikasi Buat Misha Omar...

Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.
error: Hello. Cannot.