Categories: Uncategorized

“Marilah Kita Move On,”- Peminat Kecewa ‘Misteri’ Gagal Ke Semi Final AJL, Ini Respon Ernie Zakri

Share

Penyanyi, Ernie Zakri mngakui tidak berasa hati kerana lagu Misteri nyanyiannya tidak tercalon di separuh akhir Anugerah Juara Lagu (AJL).

Menurutnya, dia berasa beruntung kerana dikurniakan peminat yang tidak jemu menyokongnya selama ini malah, turut berjanji akan mencuba lagi pada tahun akan datang.

Kenyataan tersebut telah diluahkan oleh Ernie menerusi sebuah entri di IG Story miliknya.

“Assalamualaikum semua, saya menerima banyak DM mengenai lagu Misteri tidak tercalon di separuh akhir muzik-muzik. Jangan bersedih brader.

“Saya bersyukur dikurniakan peminat yang penyayang seperti anda semua yang sanggup menghabiskan masa mengundi untuk ‘Misteri’,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia juga meminta para peminat mendoakan kejayaannya pada masa akan datang.

“Doakan Ernie, InsyaAllah saya akan cuba lagi tahun hadapan. Terima kasih semua. Tak sempat bagi saya untuk ucapkan satu-satu pada anda, tapi you know who you are,”

“Moga Allah balas yang baik-baik untuk semua. Dengan itu marilah kita move on dan tunggu lagu baru Ernie keluar,” tulisnya.

Foto: Instagram Ernie Zakri

IKLAN