Categories: Uncategorized

Mariah Carey Hampir Tidak Dikenali Kerana Gemuk

Share

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi hebat Mariah Carey yang selama ini terkenal dengan susuk tubuh yang sexy dan mengiurkan, kali ini dia kelihatan sangat berubah dan hampir tidak dikenali.

Kelibat penyanyi ini telah dikesan apabila dia mengunjungi beberapa buah butik di Sepanyol.

Dengan berpakaian ala diva, baju cetakan harimau bintang, kasut tumit tinggi dan dengan aksesori sarat di badan membuatkan dia menjadi tumpuan ramai.

Pun begitu, kemunculannya di hadapan khayalak ramai memeranjatkan banyak pihak.

Ini kerana Mariah kelihatan lebih berisi berbanding sebelum ini dan kelihatan agak berusia.

Bagaimanapun, Mariah yang ditemani kekasihnya itu tetap kelihatan yakin dengan penampilannya dan kekal glamour.

Bukan sahaja dirinya menjadi highlight utama paparazzi namun kasut yang dipakainya itu juga menjadi tumpuan setiap majalah fesyen.

Dikatakan kasut hitam bertumit tinggi jenis angkel boot yang dipakai Maria itu bernilai hampir RM 5436.60.

Nah ini dia gambar terkini Mariah Carey…

IKLAN