Minggu keempat program realiti, Kilauan Emas 2024 malam tadi menyaksikan hampir semua peserta mempamerkan kualiti vokal dan persembahan yang lebih menyakinkan.
Meski tiada penyingkiran dilakukan, namun situasi tersebut nyata memberi tekanan kepada semua peserta susulan ada kemungkinan lebih daripada seorang yang bakal tersingkir selepas ini.
Lagu ‘Galau’ Maria Bawa Tuah, Datuk Jalaluddin Puji Sue Cantik!
Penghayatan mendalam dengan vokal memukau nyata memberi kelebihan kepada Maria apabila dia menggunguli trofi Emas Berkilau of The Week buat kali ketiga berturut-turut.
Menyampaikan lagu hits daripada Zaiton Sameon berjudul Kabut Serangkai Mawar dengan cara tersendiri, Maria berada di posisi tertinggi di kalangan sembilan peserta lain minggu ini dengan 80.63 peratus.
Bagi Maria, dia mahu membawa lagu berkenaan dengan sebaik mungkin walaupun dia awlanya sebak dan hampir menitiskan air mata ketika membuat persembahan.
Menurut Maria, lagu itu memberi makna mendalam secara peribadi apabila cintanya pernah ditolak sebelum ini.
Dia pada masa sama turut berterima kasih atas sokongan berterusan penonton dan juri awam yang selamat ini tidak pernah putus memberikan sokongan.
Ads
Sementara itu, Sue pula memberi saingan sengit apabila meraih markah sebanyak 80.00 peratus menerusi lagu Diam Diam Jatuh Cinta daripada Ramlah Ram.
Lengkap dengan elemen drama dalam lagu, Sue turut menerima pujian juri jemputan, Datuk Jalaluddin Hassan yang menyifatkan ia sebagai sebuah persembahan yang baik dan ‘cantik’.
Budin Lebih Yakin, Penonton Sama Menyanyi
Mengikuti Sue di kedudukan ketiga ialah peserta yang paling mencuri tumpuan, Budin dengan 75.87 peratus yang tampil membawakan lagu Gerhana yang dipopularkan oleh Kembara.
Dapat dilihat, ia menjadi persembahan terbaik Budin sekatat ini selepas menerima komen dan kritikan juri kerana lupa lirik sebelum ini.
Ads
Malah, penonton yang hadir ke Royal Theatre Shah Alam juga ‘sporting’ menyanyikan lagu malar segar itu bersama-sama Budin.
Erra secara profesional pula berdiri sambil berkata persembahan sebeginilah yang mahu ditonton semua peminat yang selama ini menyokong perjalanan Budin di Kilauan Emas 2024.
Bijak mengawal pentas sambil mengikut rentak tarian, Erra juga tidak mahu lagi melihat Budin melakukan kesilapan besar dalam persembahan, selain memintanya untuk tampil lebih berkeyakinan.
Sementara itu, Sidi dan Balqis berada di dalam kedudukan lima terbaik semalam dengan markah masing-masing sebanyak 74.57 peratus dan 73.60 peratus.
Lima peserta lain iaitu Wan, Atie, Ron, Gie dan Ina perlu mengambil input positif yang diberikan barisan juri demi memperbaiki kualiti persembahan minggu hadapan.
Vokal Semata Tak Cukup! Persembahan Perlu Seiring
Ads
Hakikatnya, vokal sahaja tidak menjamin untuk para peserta terus bertahan dalam saingan sekiranya tidak mempamerkan keupayaan baik untuk menguasai pentas.
Itu aspek yang ditekankan Erra Fazira yang menyifatkan semua peserta sudah ada asas nyanyian, tinggal lagi mereka perlu ‘tajamkan’ kefahaman mengenai gaya persembahan, interaksi dengan audiens dan sebagainya.
Setiap perincian itu diambil kira, mempunyai markah tersendiri dan tidak boleh hanya bergantung kepada vokal sahaja.
Begitu juga dengan kesilapan teknikal seperti lupa lirik atau lari tempo memandangkan kini sudah memasuki minggu keempat.
Sekaligus, para juri kini dalam misi mencari juara baharu Kilauan Emas, bermula minggu hadapan dan seterusnya.
Terdahulu, konsert minggu keempat Kilauan Emas 2024 telah dinilai oleh juri tetapnya, Erra Fazira dan Roy Azman serta aktor berpengalaman, Datuk Jalaluddin Hassan di kerusi juri jemputan.
Ia turut diserikan dengan persembahan Linda & Diana Rafar, Ieda & Eddy Moin dan Neves Pretty Ugly.
Program yang dihoskan Elly Mazlein ini bersiaran secara langsung di saluran Astro Prima (105), setiap Sabtu jam 9.00 malam dan boleh juga distrim menerusi apliaksi Astro Go dan sooka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa bengang terhadap tindakan beberapa individu yang didakwa menyebarkan fitnah dan kenyataan palsu berkaitan dirinya.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, individu-individu terbabit dikatakan berkongsi kenyataan yang kononnya Rosyam memberi nasihat ‘makan dalam’ buat kepada Fattah yang baru sahaja bercerai dengan Nur Fazura.
Menurut Rosyam, hal seperti ini telah mencalarkan nama baiknya dan dia tidak teragak-agak untuk membawa isu ini ke muka pengadilan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menyokong tindakan tersebut dan berharap agar hal seperti ini dapat menjadi pengajaran buat semua pihak.
“Geng-geng macam ni selalu sangat saya jumpa. Tak tahulah apa dalam kepada otak mereka. Dengan selamba buat cerita ikut sedap tekak.
“Akhirnya Datuk bersuara sebab ramai yang gunakan nama Datuk. Semoga Datuk dapat bersihkan nama berkaitan isu panas ni. Semoga dipermudahkan.
“Ada orang memang suka jadi dajal. Fitnah macam perkara biasa je.
“Seret je. Bagi mereka sedar diri. Jangan suka-suka buat kenyataan fitnah,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, kisah perceraian pasangan selebriti terkenal itu menjadi antara isu hangat yang diperkatakan di media sosial ketika ini.
Rata-rata netizen dan rakan selebriti ada memberikan reaksi dan pendapat masing-masing berhubung isu yang berlaku.
Terdahulu, Fattah dan Fazura telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Isnin.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rosyam Nor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perbadanan Kemajuan FIlem Malaysia (FINAS) telah mengumumkan pemilihan filem Abang Adik sebagai wakil Malaysia untuk dipertandingkan di Anugerah Akademi (Oscar) kali ke-97.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Finas, filem ini aka dipertandingkan dalam kategori Filem Cereka Antarabangsa dalam majlis anugerah berprestij itu yang bakal berlangsung pada Mac tahun hadapan.
Filem Abang Adik yang diterbitkan oleh More Entertainments Sdn. Bhd merupakan arahan sulung Jin Ong dan menampilkan lakonan Jack Tan dari Malaysia bergandingan dengan Kang Ren Wu dari Taiwan telah memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa.
“Filem ini telah mencatat kejayaan besar dengan memenangi 19 anugerah antarabangsa, membuktikan kemampuan filem Malaysia bersaing di peringkat global.
“Antara pencapaian tertinggi filem ini ialah memenangi Filem Terbaik di Festival Filem Asia New York (Uncaged competition ke-22) serta merangkul anugerah Golden Mulberry, Black Dragon Critics’ Award dan White Mulberry Award untuk Filem Cereka Terbaik di Festival Filem Far East ke-25 di Udine, Itali.
“Filem ini turut diiktiraf di Festival Filem Antarabangsa Fribourg ke-37 di Switzerland dan First Festival di China. Di peringkat tempatan, Abang Adik merangkul Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaikdi Malaysia Global Golden Awards (MGGA) 2024,” kata kenyataan itu.
Sesuai dengan kualiti tinggi dan mesej terbaik disampaikan, filem ini mendapat tontonan ramai sehingga mencapai kutipan tiket yang cukup memberangsangkan.
Filem ini mencipta fenomena pada 2023 dengan kutipan pecah panggung sebanyak RM14.6 juta di Taiwan dan RM1.55 juta di Hong Kong, sekaligus menjadikannya filem Malaysia pertama yang mencatatkan rekod tayangan tertinggi.
Tayangan di Malaysia pada Disember 2023 pula mencatatkan kutipan sebanyak RM5.7 juta. Kini filem ini sedang ditayangkan di China bermula 21 September lalu dan setakat ini telah mengutip sebanyak RM2.2 juta.
Jika anda ingin menonton filem Abang Adik, filem ini sudah ditayangkan menerusi saluran penstriman popular, Netflix.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dengan undian lebih lapan juta, penyanyi Aina Abdul dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-36 (ABP36) yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA, malam ini.
Kemenangan tersebut sekali gus membawa pulang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah dan trofi.
Terdahulu, Ainaa juga telah dinobatkan selaku pemenang Anugerah Penyanyi Popular buat dua tahun berturut-turut.
Aina dalam ucapannya menyifatkan kemenangan gelaran bintang paling popular itu sebagai hadiah istimewanya selepas 10 tahun bergelar anak seni.
“Terima kasih kepada ibu saya, kelab peminat, Aination. Ini untuk semua usaha anda mengundi saya tanpa jemu.
“Satu pesanan saya, jangan putus asa, Allah SWT sebaik perancang,” ujarnya selepas diumumkan sebentar tadi.
Pada masa, ahli politik, Khairy Jamaluddin turut mencipta sensasi apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Penyampai Radio popular meskipun baru setahun menceburi bidang penyiaran radio.
Menurut Khairy atau lebih mesra disapa KJ, dia menyifatkan kemenangan ini sebagai rezeki yang dianugerahkan kepada Allah selepas berehat daripada kerjaya politik.
“Nasib baik menang. Terima kasih kepada semua pihak terutamanya TV3 dan stesen radio Hot FM
“Dalam hidup ni kalau satu pintu rezeki ditutup, Allah akan buka pintu yang lain. Lakukan yang terbaik. Allah akan lakukan yang selebihnya,” katanya.
Sementara itu, pelakon popular Anna Jobling terus cemerlang apabila memenangi dua anugerah iaitu Aktres TV Popular dance Couple Drama Popular bersama Amir Ahnaf
Berikut adalah senarai penuh pemenang ABP36;
* Artis Baharu Lelaki Popular
– Shah Radhy
* Artis Baharu Wanita Popular
– Erysha Emyra
* Artis Kolaborasi/ Duo/ Berkumpulan Popular
– Dolla
* Penyanyi Lelaki Popular
– Khai Bahar
* Penyanyi Wanita Popular
– Aina Abdul
* Aktor Pembantu Filem Popular
– Alif Hadi
* Aktress Pembantu Filem Popular
– Raja Emma
* Artis Sensasi Popular
– Siti Nordiana
* Aktor Filem Popular
– Aedy Asyraf
* Aktres Filem Popular
– Fasha Sandha
* Aktor Pembantu TV Popular
– Shah Iskandar
* Aktres Pembantu TV Popular
– Rita Rudaini
* Aktor TV Popular
– Hun Haqeem
* Aktres TV Popular
– Anna Jobling
* Penyampai Radio Popular
– Khairy Jamaluddin
* Artis Komedi Popular
– Senario
* Pengacara TV Popular
– Uyiana Arshad
* Lagu Paling Boom Popular
– Masing-Masing
* Couple Drama Popular
– Anna Jobling & Amir Ahnaf
* Couple Filem Popular
– Bront Palare & Nadia Nisa
* Watak Antagonis Drama Popular
– Aleza Shadan
* Artis Sensasi Popular
– Siti Nordiana
Bagi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pula diterima komposer dan pencipta lagu terkenal Datuk Hashim Said atau lebih dikenali sebagai S. Atan.
Malam ini, setiap pemenang membawa pulang kepingan emas seberat 18 gram dan trofi.
Membawa tema Teguh, ABP36 diinspirasikan CONBOO dihoskan oleh Didie Alias, Haniff Hamzah dan Riena Diana.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.