‘Mana Ada Kpop’- Netizen Puji MV Luar Biasa Ismail Izzani

Baru-baru ni MH adalah tengok muzik video (MV) lagu terbaru Ismail Izzani bertajuk ‘Luar Biasa’.

Sebelum ini pun, dia ada juga kongsi ‘teaser’ lagu tersebut menerusi Instagram miliknya.

Apa yang MH boleh katakan, gempak gila kot MV tersebut, dengan tarian yang memang style habis.

Kalau korang nak tahu, MV tersebut pun tengah trending di Youtube.

Dalam pada, MH sempat meninjau di ruangan komen untuk melihat respon penonton.

IKLAN

Apa yang menarik perhatian MH apabila ada yang mengatakan MV tersebut ada terselit unsur kpop sendikit. Mungkin sebab ada tarian kot.

 

Namun begitu, ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

IKLAN

 

Pada MH, mungkin ada unsur kpop tapi rasanya lebih pada style ‘Justin Bieber’ kot.

Apa-apapun, memang MV Ismail lain dari yang lain. MH sangat terhibur dan kagum menontonnya.

Sumber:Youtube