Berita penahanan Mamat Exist di Johor Bahru nampaknya telah mendapat reaksi penganjur Konsert Exists Reunion di mana ia akan berlangsung pada 28 September di Shah Alam dan 5 Oktober di Singapura.
Menurut kenyataan Shiraz Projects, berita ini amat mengejutkan dan menyedihkan. Namun, jelasnya sehingga ke saat ini konsert yang dirancang akan berjalan seperti biasa dan isu tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Terdahulu, Mamat Exists ditahan polis di Taman Perling, Johor semalam dan difahamkan ada kaitan dengan kesalahan dadah semasa menunggang motosikal bersama seorang rakannya.
Ads
Memetik Kosmo, vokalis Exists ini dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum polis menemui serbuk putih dipercayai syabu seberat kira-kira 0.42g yang disimpan dalam dompetnya.
Ads
Hasil ujian air kencing yang dibuat juga mendapati suspek positif.
Ads
Foto : Kosmo dan Shiraz Projects
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menepati ramalan ramai, Mira Filzah dijulang sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, sebentar tadi.
Meraih undian tertinggi menerusi kategori yng telah dimenangi, pemilik nama lengkap Nur Amirah Filzah binti Badioezaman itu menepati ramalan ramai apabila mengetepikan calon akhir lainnya.
Acara kemuncak yang dipancarkan secara langsung menerusi TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu membolehkan bintang berusia26 tahun itu menerima trofi dan sebuah kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM).
Berikut merupakan senarai lengkap pemenang tahun ini, tahniah!
KATEGORI ONLINE
Artis Sensasi Popular – Haqiem Rusli
Gandingan Serasi Drama Popular – Pujaan Hati Kanda – (Remy Ishak & Mira Filzah)
Gandingan Serasi Filem Popular – Langsuir (Syafiq Kyle & Hannah Delisha)
Pelakon Watak Antagonis Popular – Shukri Yahaya
Lagu Paling Boom – Haqiem Rusli – (Selamat Tinggal Sayang)
Selebriti dan usahawan, Neelofa menyangkal dakwaan penglibatannya bersama suami, PU Riz dalam program realiti terbaharu, Mualim Muda bakal menjadi tumpuan utama berbanding para peserta yang bertanding.