Selalunya kalau kita tengok program Motif Viral, semestinya hos rancangan tersebut akan kelihatan ‘gila-gila’ dan ada sahaja komen kepada tetamu yang hadir.

Namun begitu, dalam satu segmen ‘Motif Viral’ semalam menyaksikan bagaimana ketiga-tiga hosnya, iaitu Syafa Nisa, Hazeman Huzir dan Pink kehilangan kata-kata mereka.

‘Malunya Aku’ -Hos Motif Viral Terkedu Bila Dengar Anak-Anak Tahfiz Baca Hadis

Viral baru-baru ini mengenai anak-anak Tahfiz sedang melakukan kuiz untuk hafalan al-Quran mereka. Apa yang membuatkan MH kagum adalah usia anak-anak ini walaupun masih muda namun sudah menghafaz banyak juzuk al-Quran.

Dalam pada itu, anak-anak ini bukan sahaja menghafaz al-Quran tetapi juga hadis dan boleh mengingati jenis-jenis hadis tidak kira panjang atau pun pendek malah ayatnya juga.

IKLAN

‘Malunya Aku’ -Hos Motif Viral Terkedu Bila Dengar Anak-Anak Tahfiz Baca Hadis

Dalam sesi soal jawab tersebut, ustaz pusat Tahfiz berkenaan ada bertanya mengenai satu hadis yang agak panjang dan dijawab dengan penuh yakin oleh salah seorang pelajarnya.

Namun yang menarik perhatian apabila ketiga-tiga hos tersebut terkedu dan tidak terkata apa-apa, malah MH juga perasan ada ketika Haze berkata ‘malunya aku’ apabila melihat kehebatan anak-anak ini menghafaz al-Quran.

IKLAN

‘Malunya Aku’ -Hos Motif Viral Terkedu Bila Dengar Anak-Anak Tahfiz Baca Hadis

‘Malunya Aku’ -Hos Motif Viral Terkedu Bila Dengar Anak-Anak Tahfiz Baca Hadis

IKLAN

Ada juga yang seperti ‘termalu’ sendiri melihatkan anak-anak semuda 8 tahun sudah boleh menghafaz 7 juzuk al-Quran sedangkan kita sendiri bagaimana pula?

‘Malunya Aku’ -Hos Motif Viral Terkedu Bila Dengar Anak-Anak Tahfiz Baca Hadis

Memang lucu melihat ekspresi masing-masing, apa-apa pun, sememangnya tetamu program tersebut memberikan keinsafan buat diri penonton. Harapnya, selepas ini kita akan menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI