
Aktres Fasha Sandha akui diri rasa segan apabila menerima pujian menggunung daripada netizen yang melabelkan dirinya sebagai antara artis tempatan yang paling merendah diri dan mesra peminat.
Menurut Fasha, dia menyifatkan pujian tersebut terlalu besar untuk digalas, namun bersyukur dengan apa sahaja pandangan orang ramai terhadapnya.
“Alhamdulillah. Malu sebenarnya saya nak jawab. Soalan macam ini kena tanya orang lain,” katanya kepada MH.
Personaliti Baik Di Mata Suami
Sementara itu, suami kepada Fasha yang juga pelakon, Aidil Aziz menyifatkan sikap tersebut dianggap sudah sebati dengan isteri, sekali gus membuatkan dirinya jatuh hati sekali gus mahu memperisterikan Fasha sebagai suri hati.
“Pada pandangan saya, memang begitulah personaliti seorang Fasha Sandha. Kerana itu jugalah namanya kekal relavan sehingga hari ini.
“Sebab itu juga saya tertarik dengan dirinya. Terima kasih kepada semua peminat yang masih menyokong isteri saya sehingga sekarang,” kongsinya.

Aidil dan Fasha berkata sedemikian ketika ditemui di majlis resepsi primadona, Erra Fazira dan Ezwan Zain, baru-baru ini.
Fasha bagaimanapun menyifatkan diri sendiri masih mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.
“Masih banyak kelemahan yang perlu saya baiki. Saya ini bukanlah orang yang sempurna sangat,” kongsinya lagi.
Pernah Taja Percutian Peminat Ke Bali?
Baru-baru ini, seorang peniaga online tampil mendedahkan keperibadian baik ibu kepada tiga cahaya mata itu yang dianggap pemurah dan baik hati, terutamanya ketika bersama para peminat.
Fasha dikatakan sentiasa terbuka membantu mempromosikan bisnes milik peminat tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Malah, pelakon filem Anak Halal ini juga difahamkan pernah menaja percutian bersama kelab peminat di Bali, Indonesia.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




