Sebelum ini kecoh di media sosial pelakon, Hairul Azreen dan isterinya, Hanis Zalikha dikecam kerana tidak memuat naik gambar jari dengan dakwat kekal tanda sudah mengundi di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Terbaru, pasangan suami isteri ini menjelaskan kepada pihak media bahawa mereka mengaku tidak keluar mengundi atas tuntutan kerja yang tak dapat dielakkan.

Menurut Sinar Harian, mereka berkata pada hari mengundi tersebut, mereka terlibat dengan penggambaran bersama sebuah syarikat tekstil untuk koleksi hari raya.

“Jujurnya memang kami berdua tidak keluar mengundi dan ia bukannya disengajakan. Ini kerana kami terlibat dengan tuntutan kerja. Jadi memang saya dan suami rasa ralat sangat.

“Pada hari tersebut kami terlibat dengan penggambaran bersama Jakel untuk koleksi hari raya dan ia tidak boleh dipinda memandangkan jadual Hairul padat dengan penggambaran filem Paskal,” jelas Hanis kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Hanis juga berkata dia dan suaminya berjanji akan keluar mengundi pada PRU15 nanti.

“Kami juga akan mengingatkan peminat kami untuk mendaftar sebagai pengundi dan turut sama-sama mengundi di PRU akan datang,” ujarnya.

Susulan daripada pengakuan Hairul dan Hanis ini, nampaknya para netizen tidak dapat menerima alasan yang diberikan dan kecaman demi kecaman dilemparkan terhadap pasangan suami isteri ini.

IKLAN

‘Malu La, OKU Pun Pergi Mengundi’ – Netizen Kecam Pengakuan Hairul Azreen Dan Hanis Zalikha Tak Pergi Mengundi

Namun begitu, tidak semua netizen yang mengecam sebaliknya ada yang mempertahankan Hairul dan Hanis.

‘Malu La, OKU Pun Pergi Mengundi’ – Netizen Kecam Pengakuan Hairul Azreen Dan Hanis Zalikha Tak Pergi Mengundi

IKLAN

‘Malu La, OKU Pun Pergi Mengundi’ – Netizen Kecam Pengakuan Hairul Azreen Dan Hanis Zalikha Tak Pergi Mengundi

Tak dapat dinafikan, keluar mengundi itu merupakan tanggungjawab kita kepada negara namun begitu kita harus faham dengan situasi orang lain ketika itu, mungkin ada perkara yang tidak dapat mereka elakkan sehingga tidak berkesempatan untuk pergi mengundi.

Janganlah disebabkan tidak keluar mengundi, mereka dikecam sebegini teruk. Buat Hairul dan Hanis, diharap dapat bersabar dengan kecaman yang diterima dan tunaikan janji korang untuk keluar mengundi pada PRU15 nanti.

Sumber: Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI