Uncategorized

Malaysia Haramkan Lagu Despacito Dapat Perhatian Hingga Ke Hollywood

Share

Oleh kerana lirik yang tidak elok untuk didengar, lagu yang telah mencipta fenomena tersendiri Despacito telah diharamkan serta dihentikan penyiarannya oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Namun baru-baru ini salah seorang pengacara televisyen dan pelawak antarabangsa James Corden telah menjadikan isu ini sebagai bahan jenaka di dalam rancangan televisyennya.

Dia berkata jika di Malaysia kerajaan mengharamkan lagu ini sebaliknya di negara mereka Perdana Menteri siap retweet lagu tersebut secara berseloroh.

Malah, Corden juga memberi cadangan buat individu yang tidak gemar mendengar lagu ini untuk terus pindah ke Malaysia.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sejak dimuat naik di Twitter.

Corden terkenal dengan sikap lawak dan spontannya ini mempunyai rancangannya sendiri iaitu The Late Late Show With James Corden. Malah Corden juga dikenali melalui program Carpool Karaoke di mana dia akan menyanyi bersama artis-artis jemputannya di dalam sebuah kereta.

Terdahulu Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak ada mengeluarkan kenyataan dimana lagu tersebut telah dinilai semula oleh panel penilai RTM kerana menerima aduan awam yang meminta lagu ini dihentikan siaran kerana mengandungi lirik berunsur lucah dan mengambil tindakan keputusan untuk menarik semula kelulusan lagu tersebut.

IKLAN