Kecoh baru-baru ini dalam satu sketsa komedi melibatkan satu kumpulan pelawak yang menggunakan peralatan ‘doktor’. Perkara tersebut mengundang kemarahan netizen yang melihat sketsa tersebut sebagai satu benda yang tidak bermanfaat.

Bagaimanapun, ia nyata berbeza dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad yang tampil menulis di laman Twitternya meminta agar netizen membuka minda mereka.

“Nak kata natangzen bodoh kasaq sangat. Ni cerita komedi geng, apa salahnya berkarya. Cuba tengok Tom & Jerry telanjang 24 jam tapi bila pergi pantai boleh pulak pakai baju renang.

 

“Itulah logik komedi dan kartun. Malays, open up please,”tulisnya.

‘Malays, Open Up Please!’- Pandangan Sharnaaz Ahmad DiTuju Untuk Siapa?

IKLAN

Terdahulu, beberapa drama dikecam netizen berikutan ada babak yang dilihat ‘tidak benar faktanya’. Malah, drama Malaysia juga turut dibanding-bandingkan dengan drama luar negara yang lebih memberi pengisian positif kepada penonton.

IKLAN

Pada MH, masing-masing pasti ada sendiri dan setiap orang boleh memberikan pendapat secara berhemah.

IKLAN

Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI