Peguam syarie yang mewakili pelakon Nur Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan menafikan curang menjadi punca anak guamnya memfailkan perceraian terhadap suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Fakhrul memberitahu, perceraian berpunca kerana tiada persefahaman di antara mereka.
“Selepas permohonan cerai dibuat, Fazura dan Fattah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Malah dalam permohonan cerai yang dibuat juga tiada langsung menyebut isu berkaitan curang, sebaliknya antara mereka tiada persefahaman,” katanya.
Dakwa Fakhrul, isu curang yang tular di media sosial baru-baru ini tidak pernah dibangkitkan oleh kedua-dua pihak.
“Semuanya berpunca daripada individu yang membuat kenyataan di media sosial terhadap perkara yang kami tak pernah cakap.
Ads
“Kedua-dua pihak sebolehnya mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka tanpa mengaibkan mana-mana pihak,” katanya lagi.
Sementara itu, mengulas mengenai tindakannya yang berdiam diri sejak permohonan cerai dibuat, Fazura berkata, tindakannya itu adalah yang terbaik buat masa ini.
“Alhamdulillah itu lebih baik untuk saya. Selebihnya saya serahkan kepada Allah,” katanya.
Ads
Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini hari ini menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin ke satu tarikh baharu pada 7 Oktober ini.
Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah hangat diperkatakan dalam media sosial apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.
Tidak cukup itu, kisah rumah tangga Fazura dan Fattah dibincangkan di sebuah laman sembang hingga menarik perhatian netizen.
Ads
Pada 13 September lalu, media melaporkan, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Butiran lanjut tidak diperincikan mengenai permohonan cerai itu, namun, ia mengejutkan ramai pihak dan sehingga kini isu yang berlaku diantara Fazura dan Fattah masih menjadi tanda tanya.
Bagaimanapun, Fattah dilapor berkata, dia terkejut terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nur Fazura tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor, pada jam 9.25 pagi bagi sebutan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin.
Fazura hadir dengan mengenakan persalinan serba putih kelihatan tenang sambil ditemani peguam, Fakhrul Azman Abu Hassan bersama lima orang pengawal peribadi.
Melirik senyuman sambil menuju ke perkarangan mahkamah, Fazura hanya menyebut beberapa perkataan ringkas.
“Kita masuk dalam (mahkamah) dulu ya. Alhamdulillah…okay,” katanya.
Sementara itu Fattah dikatakan sudah tiba lebih awal dan menunggu di kamar mahkamah.
Pada 13 September lalu, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, dikatakan memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Bagaimanapun, Fattah memaklumkan dia terkejut apabila menerima berita isterinya itu memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.
Fattah berkata, dia masih menyayangi Fazura dan menegaskan tiada wanita lain yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.
Sementara itu, Fazura pula memilih mengunci mulut mengenai perceraian yang difailkannnya itu.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kebelakangan ini, jika kita buka sahaja media sosial. Pasti tidak terlepas dengan dihidangkan berita-berita negatif seperti penceraian, kritikan kecaman dan sebagainya. Terutamanya apabila ia melibatkan golongan selebriti tanah air. Jika kelakuan ‘menyakiti’ mata netizen pasti mengundang kecaman.
Sehubungan itu, pelakon jelita Syifa Melvin tidak berdiam diri, dia bertindak memberi teguran khusus buat segelintir individu yang amat gemar menyingkap kain orang lain dan ‘bercakap buruk’ tentang perihal orang lain.
Menurut isteri kepada Safawi Rashid itu, jadilah individu yang menjaga mulut dan tidak toksik meskipun tidak dikurniakan rupa paras yang cantik mahupun kaya dengan wang ringgit.
Terdahulu, perkara berkenaan pernah dikongsikan oleh Syifa menerusi Insta Story (IGs) miliknya, untuk tujuan sekadar memberikan teguran kepada mereka yang suka mencari kesalahan serta kekurangan orang lain.
“Kita ni biarlah rupa paras biasa-biasa, biar lah tak berduit tera mana tapi, jangan lah mengutuk orang lain tak tentu hala. Macam orang tu, buat salah besar kat hang.
“Yang sedih dah lah kutuk, kita tak kenal pun orang tu dan orang tu pun tak kenal kita. Satu rasa rugi sebab sakit hati sorang, satu lagi rasa lawak,” tulisnya panjang lebar pada hantaran berkenaan.
Menerusi hantaran sama, Syifa atau nama penuhnya, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, turut mengambil kesempatan mengingatkan individu sekeliling agar sentiasa menggunakan akal fikiran demi mengelakkan diri dari mempunyai sifat iri hati, hasad dengki dan berperangai toksik.
“Kita yang lain ni Allah SWT masih kurniakan akal yang waras. Masih boleh berfikir, punya hati yang baik tak payah lah nak mengata orang tu, orang ni okay.
“Orang yang kita kutuk tu tak rasa apa pun kat kita. Kita ja sorang dok bara tak semena-mena. Moga hidayah milik mereka yang berlidah puaka,” katanya.
Sekadar Info, Syifa Melvin berkahwini bersama pemain bola sepak sayap JDT, Safawi Rasid, pada 28 November 2022. Hasil perkongsian hidup selama dua tahun itu, perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini telah diserikan lagi dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki bernama Saif Sulaiman Muhammad Safawi pada 30 September tahun lalu.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Setelah namanya mulai dikenali setelah berjaya menjadi Finalis Dewi Remaja, pemilik nama penuh Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman Jobling atau lebih mesra disapa sebagai Anna Jobling, mula giat menempa nama dalam industri hiburan tanah air.
Malah, sejak membintangi drama Melur Untuk Firdaus, nama Anna Jobling melonjak dengan begitu pesat sehingga menjadi pilihan pengarah-pengarah di Malaysia.
Lebih menarik lagi, Anna tidak hanya menempa nama di Malaysia, namun aura serta kejelitaan kacukan inggeris-melayu Anna turut mendapat tempat di hati rakyat Indonesia dan Singapura.
Para peminat Anna Jobling juga turut terdiri dari pelbagai lapisan umur. Dari orang dewasa sehinggalah ke kanak-kanak, ternyata bintang Anna Jobling kini sedang berada dipuncak dan kian menyinar dengan sikapnya yang sentiasa menunduk ke bumi dan pandai membawa diri.
Terdahulu, media pernah melaporkan pelakon dan model jelita ini mendapat perhatian ramai apabila dia meluangkan masa bertemu dengan seorang ‘anak syurga’, yang juga merupakan salah seorang peminat Anna.
Menerusi hantaran Istagram @annaluvstory berkongsi gambar dan video Anna Jobling yang hadir menyantuni adik Sofia Humaira. Menerusi sumber, adik Sofia ada menyatakan hasrat untuk bertemu Anna semasa dia berada di ICU Hospital Besar Kuala Lumpur, namun hasratnya itu tidak kesampaian.
Lantas, Anna mengambil keputusan untuk menjumpa sendiri dengan adik Sofia sambil ditemani ibu bapanya. Menerusi gambar-gambar yang dikongsi, terserlah riak kegembiraan di wajahnya apabila hajat dapat bertemu dengan pelakon kegemarannya tercapai.
Rata-rata peminat yang melihat gambar dan video tersebut mendoakan kesihatan buat adik Sofia dan pada masa yang sama mengagumi tindakan pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman ini.
Tak hairanlah Anna Jobling disayangi ramai dan mempunyai kelompok peminat yang besar dan tersendiri, peribadi lemah lembut dengan hati putih bersih dan suci seperti anna layak dicontohi oleh para wanita dan menjadikanya sebagai idola!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.