Pelakon Puteri Sarah mendedahkan dirinya sering menerima komen berbaur hasutan, yang dilihat sebagai cubaan memisahkan hubungannya bersama suami, pengarah Syamsul Yusof.
Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, individu tersebut dipercayai sering meninggalkan komen tentang hubungan suaminya dengan wanita lain.
“Makin lama diam, makin menjadi komen. Setiap kali post mesti ada komen you tapi i buat tak tahu. But this time around nak tanye apa motif you eh?,” tulis Puteri Sarah.
Ads
Menurut Sarah, dia sudah lama berdiam tapi lama kelamaan individu tersebut masih lagi berbuat demikian sehingga menimbulkan persoalan tentang motifnya itu.
Ads
Terdahulu, Sarah tidak mahu mengulas lanjut mengenai status perhubungannya bersama Syamsul.
Ads
Bagaimanapun, Sarah berkongsi yang suaminya itu masih menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa termasuklah memberikan nafkah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Baby Shima tampil membuat laporan polis terhadap pihak penganjur sebuah program kerana didakwa telah menggunakan gambarnya tanpa kebenaran.
Menurut Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, pihak penganjur didakwa seperi ingin mengambil kesempatan dengan menggunakan nama dan fotonya bagi tujuan promosi
“Saya telah membuat laporan polis kerana pihak penganjur telah menggunakan gambar saya sebanyak tiga kali. Kali pertama dan kedua, saya boleh maafkan tetapi bila dah tiga kali, saya tak boleh berdiam diri.
“Pihak penganjur telah memanipulasikan nama saya untuk menarik pengunjung datang ke program mereka sedangkan saya tiada di program tersebut.
“Mungkin mereka juga mahu menjual tapak jualan di program tersebut dan untuk mendapatkan tajaan,” katanya kepada MH.
Shima berkata sedemikian ketika ditemui selepas selasai membuat laporan polis di Balai Polis Mutia Damansara, Petaling Jaya pada Jumaat.
Pada masa sama, penyanyi lagu Bang Jamal ini turut menangkis dakwaan pihak penganjur yang mengatakan pengurusnya telah bertindak biadap.
“Setahu saya, pada awalnya, pengurus saya telah pun bercakap elok-elok kepada penganjur program tersebut. Pengurusan saya bertanya, kenapa pihak mereka masih lagi menggunakan gambar saya untuk mempromosikan programnya.
“Kemudian dia terus melenting. Dia cakap pengurus saya tak beradab dan asyik nak mengugut untuk saman. Macam mana pengurus saya tak geram kalau dia sendiri yang memuat naik gambar kita tanpa kebenaran.
“Pada saya, dalam hal ini, dia yang bersalah tapi dia pula yang menyalahkan pihak saya. Dia juga turut melibatkan syarikat rakaman, ibu bapa dan keluarga saya di dalam hal ini.
“Artis lain pun kalau guna nama mereka tanpa izin, mereka juga akan ambil tindakan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Baby Shima turut menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan yang lebih berat sekiranya perkara ini berulang lagi pada masa akan datang.
“Kepada penganjur program tersebut, berhentilah menipu orang. Haram duit yang dapat tu.
“Mungkin pihak tersebut ingat saya tak ambil serius dalam hal ini tapi kalau sekali lagi pihak di sana buat hal yang sama, saya tak teragak-agak untuk ambil tindakan yang lebih serius,” akhirinya.
Sekadar informasi, konsert yang bakal diadakan itu dijadualkan akan berlansung di Johor Bahru.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Jasmine Suraya memilih untuk terus fokus kepada hal yang lebih penting dalam hidup berbanding terlalu memikirkan mengenai kisah hangat melibat dirinya di media sosial.
Jasmine Suraya Chin, 33, bagaimanapun mengakui ada ketika komen yang dilontarkan segelintir netizen agak keterlaluan.
“Bagi saya ia sesuatu yang tidak boleh disekat apabila ia melibatkan media sosial. Akan tetapi saya tidak nafikan ada ketika rasa kurang selesa bila sesetengah perkara yang saya lakukan itu menerima kritikan.
“Malah kritikan yang diberikan itu dahsyat kadang-kadang. Seolah-olah ia menjurus kepada serangan peribadi. Misalnya orang mengkritik mengenai pemakaian atau mempertikaikan soal agama serta budaya. Niat kita mungkin berbeza, akan tetapi orang salah erti, begitulah.
“Akan tetapi saya rasa ramai yang terbuka mengenainya cuma saya tidak mahu mengulas panjang kerana ia hal yang sensitif. Sebab itulah saya memilih untuk tidak berkongsi terlalu banyak,” katanya kepada MH.
Jasmine berkata demikian ketika ditemui di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore, Melaka, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Jasmine yang sebelum ini mencuri tumpuan susulan keberadaannya di majlis ilmu anjuran Neelofa menjelaskan dia juga ada mengikuti kelas tahfiz.
“Ketika saya menghadiri majlis anjuran sebelum ini, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu ada yang kenal, duduk pun belakang. Cuma saya hadir untuk sekadar mendengar.
“Saya juga ada menghadiri kelas tahfiz dan bagi saya ia suatu perjalanan yang indah jujurnya. Saya belajar secara berperingkat. Saya rasa, saya menyukainya kerana ia jadi pegangan hidup.
“Perubahan di dalam industri seni berubah dalam masa yang sangat cepat. Satu hari kita berada di atas dan sebaliknya. Jadi untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya, rasa selamat dan stabil. Seperti ada arah.
“Untuk memiliki mereka yang tidak menghakimi, macam kawan-kawan yang mengajar saya, rasanya selamat. Cuma kalau boleh tak mahu ulas tentang perkara sebab ia peribadi. Kalau boleh tak nak orang asyik bertanya itu ini.
“Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak mahu prosesnya berlaku dalam keadaan yang tertekan. Apa pun bersyukur kerana saya juga ada ikuti sesi bersama Neelofa secara ‘zoom meeting’. Ramai terbuka menerima, berbanding mereka yang mempersoalkan.
“Cuma pada awalnya saya rasa malu kerana sangka ramai akan menghakimi, tetapi sebaliknya yang berlaku,” katanya yang turut tumpang gembira atas kemenangan karyawan yang bertanding di FFM kali ini.
Terdahulu, Jasmine pernah tersenarai sebagai calon akhir bagi kategori Pelakon Wanita Harapan di FFM30 menerusi persembahannya di dalam filem PASKAL The Movie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Artis serba boleh, Profesor Madya Dr Soo Wincci menyeru sesiapa sahaja yang ingin menceburkan diri di dalam industri seni untuk melengkapkan diri dengan ilmu agar mereka dapat menyusun perjalanan kerjaya dengan baik.
Menurut Soo Wincci, dengan adanya ilmu, para anak seni tidak akan mudah dipermainkan oleh pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan.
“Saya selalu menasihati pelajar-pelajar untuk sambung pelajaran ke luar negara. Situasi sekarang dah lain. Dulu orang ke luar negara nak sambung degree tetapi sekarang ramai nak dapatkan master pula.
“Bila ada ilmu, kita tidak akan mudah dipermainkan dengan sistem sedia ada. Sesetengah selebriti di sini kurang ilmu mengenai kontrak dan mereka mudah sahaja menandatangai apa-apa perjanjian.
“Kebanyakan kontrak hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Bila tanya soal royalti dan hak-hak yang lain, kebanyakannya tiada. Itu yang buat saya bengang.
“Sebab itu artis kita miskin. Ada bakat tetapi tiada ilmu dan strategi. Macam mana kita nak kawal orang-orang industri ini?,” katanya kepada MH.
Soo Wincci yang juga pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam turut menambah, negara ketika ini amat memerlukan golongan profesional yang mampu mengubah landskap industri seni tempatan.
“Kebanyakkan pelajar-pelajar dalam bidang seni ini, mereka gila glamour. Bila dah terkenal, terus berhenti belajar. Di luar negara, pelajar tidak dibenarkan berbuat sedemikian. Visa mereka akan disekat kalau tak tamatkan pengajian.
“Industri seni tempatan bukan hanya memerlukan mereka yang berbakat tetapi juga orang-orang yang boleh buat perubahan. Cara lama dah tak boleh guna dah. Sebab itu industri kita semakin tenggelam.
“Dengan krisis ekonomi dunia yang bakal melanda, situasi kita akan lebih teruk. Ini realitinya,” ujarnya lagi.
Meskipun terpaksa berdepan pelbagai cabaran, bekas ratu cantik Miss World Malaysia ini mendedahkan dirinya tidak akan patah semangat untuk menyelamatkan industri seni daripada terus berada di takuk lama.
“Saya kena adakan juga semangat itu. Kalau saya tak kembali ke Malaysia, macam mana kita nak mulakan perubahan.
“Sekurang-kurangnya sekarang saya dapat melatih para pensyarah PHD untuk perbaharui sistem kita.
“Setidaknya saya dapat selamatkan bakat-bakat tempatan. Saya tak nak industri kita terus tenggelam sedangkan negara lain pesat membangun.
“Kita tak boleh mengalah. Kalau kami mengalah, siapa nak bantu industri. Penat memang penat tetapi ini untuk generasi akan datang,” akhirinya.
Sekadar informasi, Soo Wincci kini bertugas sebagai pensyarah yang mengajar dalam pengkhususan perniagaan serta teknologi muzik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Permulaan di bulan pertama tahun 2026, Astro tidak menunggu lama untuk meneruskan cengkaman dan rentak kecemerlangan sebagai antara peneraju ‘Home Of Originals’ yang menyajikan kandungan-kandungan yang lebih segar buat para penontonnya.