Pelakon veteran, Mak Wan Latah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meludah bekas pembantu peribadinya ketika kesnya dibacakan di Mahkamah Majistret Taiping, Perak pada Khamis.
Memetik laporan Sinar Harian, Mak Wan Latah atau nama sebenarnya, Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, didakwa dengan sengaja meludah Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk menganggu keamanan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lorong Haji Wahab, Kampung Titi Kasai, Batu Kurau dalam daerah Larut Matang kira-kira jam 7 malam, 24 Jun lalu.
Ads
Mak Wan Latah didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Polis, Inspektor Khoo Thean Heng menawarkan wang jaminan sebanyak RM5,000 mengambil kira status tertuduh.
Ads
Bagaimanapun tertuduh yang diwakili Peguam T Selvadoray dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) meminta wang jaminan dikurangkan.
Ads
Majistret turut menetapkan 5 September depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jika sebelum ini pelakon dan pelawak terkenal, Datuk Afdlin Shauki tidak bersetuju dengan penutupan sementara sebuah kelab komedi namun dia mengubah fikirannya apabila menyokong kelab berkenaan ditutup.
Menerusi satu entri di Instagramnya, Afdlin sekeras-kerasnya mengecam perbuatan menghina kesucian agama di atas tiket pentas lawak.
“Saya dengan sekeras-kerasnya terus mengecam apa-apa perbuatan menghina agama di pentas lawak.
“Walaupun hanya segelintir, jika ia berterusan akan menjadi barah. Perbuatan-perbuatan seperti di atas yang di banggakan membuat saya rasa jijik dan saya tak boleh lagi memberi sokongan kepada crackhouse comedy club!
“Walaupun sokongan saya sebelum ini hanya bertujuan untuk kesinambungan rezeki pelawak-pelawak yang kebanyakannya mempunyai lawak yang berkualiti dan tidak menghina sesiapa,” tulis Afdlin.
Melihat pendirian terbaharu Afdlin berhubung isu itu, pelawak Shahrol Shiro yang lantang menyokong penutupan kelab komedi itu sehingga pernah ‘bercakar mulut’ dengan Afdlin tampil memohon maaf sekiranya dia terkasar bahasa sebelum ini.
“Alhamdulillah. Syukur bila abang sudah tersedar. Ternyata seperti kenyataan abang ini sebab serangan politik dan ingin melakukan pembunuhan karakter abang tidak benar sama sekali.
“Ini adalah mengenai isu agama yang dijadikan bahan stand up comedy yang telah melepasi garisan sepatutnya hingga jatuh kepada penghinaan.
“Tahniah kerana telah meletakkan kepentingan agama di hadapan.
“Terima kasih bang, mohon ampun dan maaf jika terkasar bahas hingga mengguris persahabatan kita,” tulis Shahrol di bahagian komen.
Terdahulu, seorang pelawak wanita, Siti Nuramira Abdullah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni menggunakan agama di kalangan sesama Islam.
Menerusi video yang tular itu, aksi wanita berkenaan yang menanggalkan baju kurung dan tudungnya di kelab komedi yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur itu tidak disenangi kerana didakwa telah mempermainkan agama Islam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datuk Afdlin Shauki
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah filem Saadiah: Bekal Kasih Merdeka, Ellie Suriaty optimis terhadap kualiti lakonan penyanyi, Kaka Azraff yang mendukung watak balu anggota polis, Saadiah Abdullah ketika muda setakat ini.
Mengambil latar masa akhir 1975, Ellie mengakui terpanggil untuk menguji kemampuan ibu kepada dua cahaya mata itu di sejurus melihat persembahan Kaka menerusi lagu tersebut yang turut menampilkan Noki K-Clique dan Loka B.
“Saya pilih Kaka sebab lagu Gila. Bila saya teliti liriknya itu, dalam hati terdetik bahawa jika dia mampu capai apa yang saya mahukan.
“Jadi pemikiran dan idealistiknya di dalam lagu tersebut ‘bertemu’ dengan titik pertemuan yang saya mahukan di dalam karektor Saadiah ketika muda.
“Ia seterusnya membawa kepada titik pertemuan dengan Saadiah ketika tua yang dilakonkan Khatijah Tan. Itu yang saya mahukan daripada seorang pelakon yang memainkan satu peranan untuk dua zaman,” katanya kepada MH.
Ellie menambah, personaliti Kaka dan Khatijah Tan yang membawa watak Saadiah pada tahun 2012 tidak terlalu ketara perbezaannya, sekali gus menjadikan perjalanan filem ini lebih realistik.
“Kalau kita tengok dari segi susuk fizikal, ada persamaaan apabila dilihat daripada ‘green screen’. Perubahan daripada Saadiah pada tahun 1975 dan membawa kepada perubahan latar masa 2012, ia seumpama kita tidak letak dua orang yang berbeza.
“Ia memang ‘pergi’ baik mengikut latar masa. Jadi itu yang terbaik yang kami dapat untuk karektor Saadiah sebenarnya,” katanya lagi.
Ditanya sebab mengambil Azriel Ismail untuk melakonkan watak sebagai Alias Nik Daud, Ellie percaya dengan bakat yang ada dengan pelakon berkenaan.
“Bagi saya dia ada aura yang sangat bagus. Dia pernah bekerja dengan saya untuk projek Teater Muzikal Putri Santubong The Warrior Princess sebagai Kijang Mas. Jadi saya tahu sejauh mana dia boleh pergi.
“Sebab kita tahu, lakonan di pentas teater adalah antara latihan lakonan buat seseorang pelakon. Bila dia buat persembahan itu, bagi saya ia bukan satu perkara yang mudah. Dia ada karisma dan energi bersama karektor yang dibawa.
“Saya sedar, kita ada ramai aktor. Tetapi kita juga perlukan satu permulaan yang besar. Watak ini sesuai dengan dia. Pada saya untuknya memainkan watak penting dalam naskhah ini, sangat sajak untuknya.
“Kita sedia ada ramai pelakon lelaki yang sering bawa watak polis, askar dan sebagainya. Tapi kita mahukan figura yang segar untuk watak tersebut,” katanya lagi.
Saadiah: Bekal Untuk Merdeka diinspirasikan daripada kisah balu anggota polis, Saadiah Abdullah yang menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Perak selama 37 tahun sebagai mengenang Allahyarham suaminya, Alias Nik Daud.
Alias meninggal dunia pada 1975 dalam serangan hendap pengganas komunis sewaktu bertugas sebagai jurupandu bot di balai berkenaan.
Filem terbitan Penerbit Pencil Pictures & Records Sdn Bhd itu bakal ditayangkan di pawagam tahun hadapan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Ali Karimi Abdul Rahman yang juga anak kepada penerbit Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mengakui dia tidak terasa seolah-olah dipinggirkan apabila wajahnya tidak terpampang di dalan poster utama bagi mempromosi filem berkenaan.
Ali Karimi, 32, yang membawa watak sebagai Brahim menerusi filem yang mencetuskan fenomena itu berkata, tujuan dia menyertai produksi berkenaan adalah untuk memupuk semangat kepahlawan, bukannya untuk meraih publisiti semata-mata.
“Saya sebenarnya sudah cukup rasa bertuah kerana dapat berada bersama-sama barisan pelakon lain menjayakan filem Mat Kilau untuk menyampaikan mesej perjuangan. Bagi saya, itu yang penting.
“Saya bersyukur. Pasal wajah ada atau tidak dalam medium promosi antaranya poster, saya tidak kisah sangat.
“Sejujurnya sedikit pun saya tidak berasa dipinggirkan malahan saya rasa poster dikeluarkan sebegitu juga sudah cukup menarik untuk memberi impak yang sewajarnya,” katanya.
Dia pada masa sama menambah, dirinya cukup berpuas hati meski wajah sekadar dipamerkan dalam poster khusus untuk karakter-karakter yang menjayakan Mat Kilau.
“Memang ada wajah saya pada poster untuk karakter. Itu pun saya sudah bersyukur apatah lagi poster itu secara tidak langsungmula dikongsikan penonton,” katanya lagi.
Dalam perkembangan terkini, filem epik terbitan Studio Kembara itu terus melakar sukses berterusan apabila mengaut kutipan mencecah RM50 juta selepas 11 hari tayangan di pawagam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...