Ikon dakwah, ustazah Shadiya Abbas yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.05 pagi tadi pernah berkongsi titipan doa dari si ibu ketika genap usianya 39 tahun pada tahun lalu.
Arwah menitipkan ucapan kesyukuran kerana masih punya peluang menunaikan solat jemaah dengan ibunda tercinta, Mahfudzah Hj Abdul Hakim dan masih punya ‘senjata ampuh’ berupa doa dari ibu.
Arwah yang meninggal pada usia 40 tahun memohon agar ibunya mendoakan dia hidup dalam ketaatan dan keredaan Allah.
“Terima kasih mak MAHFUDZAH HJ ABDUL HAKIM kerana melahirkan anak mak yang nakal ni.
“Mak namakan SHADIYA, sebab mak kata mak berkenan dengan anak seorang Dr. Anak orang Arab. Jadi mak pun namakan saya dengan nama tu.
“Saya malu bila orang tanya nama saya sebab nama tu pelik. Kat kampung kebanyakan orang namanya ada Siti/Nor. Nama saya satu je ada kat kampung masa tu.
“Alhamdulillah mencecah usia 39 tahun, dapat Solat Jemaah dengan mak ketika usia mak 68 tahun. Mak doakan panjang umur, dibantu dalam perjuangan dan dikurniakan rezeki.
“Mak tanya Ady, kau nak umur panjang bagaimana?
Ads
“Ady nak umur panjang dalam ketaatan dan keredhaan Allah, mak. Mak pun sambung doa lagi.
“Allah, nikmat mana lagi mahu aku dustakan. Peliharalah ibu dan ayahku dan ibu ayah suamiku yg aku sayang daripada disentuh api neraka. Mereka layak masuk SyurgaMu Ya Allah, minum air telaga Kauthar dan dapat duduk di atas pelamin bersama Rasulullah SAW.
“Kalaulah tidak kerana IBUku…maka tidaklah aku MENGENALMU Tuhan Rabbul Alamin.
“Sepertimana aku selamat ketika lahir, maka selamatkanlah aku pada waktu matiku. Husnul khatimah dan menjadi penghuni Syurga FirdausMu.
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau sinonim dengan panggilan Shiera ada berkongsi satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Shiera memaklumkan keadaan matanya yang kian membengkak akibat menangis selepas menonton drama Korea.
“Mata kita bengkak, bukan apa nak kongsi sikit nangis tak berhenti sebab kena dera dengan suami hah kena tipu. Bukan kena dera tapi tengok cerita Korea menangis.
“Korang PKP macam mana dengan suami okey ke? Dengar kata ada yang kena dera, ada yang macam-macam. I tengok cerita Korea banyak jadi kena menangis layan perasaan. Best cerita Korea!
“Mata bengkak kan? Korang tengok Korea tak sampai menangis? Sedih cerita tu, tajuk Secret cerita dah lama dah,” katanya.
Lalu, perkongsian tersebut pantas mendapat reaksi pelbagai di kalangan para pengikutnya.
Imbas kembali, Shiera pernah berkahwin bersama Jatt, vokalis Black Dog Bone dan dikurniakan seorang anak perempuan, Allisya, 22.
Selepas itu, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azahari pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.
Video: Instagram Sharifah Shahirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Genap dua tahun kemalangan yang melibatkan ustazah Shadiya Abbas bersama suami dan dua anaknya, pengacara Fedtri Yahya mengimbau kembali perkongsian arwah yang memohon agar auratnya terpelihara ketika sedang dalam rawatan kecemasan.
Jelas Fedtri, arwah yang sedang lemah ketika itu tidak meminta apa-apa kecuali supaya auratnya terpelihara walau dalam darurat dan Allah perkenankan doanya apabila seorang jururawat datang dan menutup kepala dan lehernya dengan sehelai tuala.
“Imbasan peristiwa: Ketika kemalangan yang menguji nyawa, iman dan kudratnya… Ustazah Shadiya yang lemah tidak meminta apa-apa kecuali satu – Auratnya terpelihara, sekalipun dia tahu ada darurat dan ada mudarat. Allah makbulkan doanya.
“Kini dia telah pergi buat selamanya. Dugaan athma. Anak-anak masih kecil. Semoga segala ilmunya membuka mata hati dan marilah nanti kita bantu anak-anaknya setelah segala urusan penting selesai.
“Semoga Allah kurniakan kesabaran yang tinggi buat Ustaz @mkazman,” kongsinya.
Berikut merupakan perkongsian arwah tahun lalu yang menjadi sumber inspirasi buat golongan wanita agar terus menjaga aurat walau dalam apa jua keadaan.
“Perkongsian Ustazah @shadiyaabbas :
TUHAN, TOLONG TUTUP AURATKU.
“Semasa kemalangan itu berlaku, aku mendengar seorang jururawat berkata kepada temannya yang aku mesti ditukarkan baju.
“Jubah dan tudung penuh darah.
Jururawat tu berkata kepadaku;
“Dik, kita gunting baju awak ni ye.”
Saya akur. Kini badan saya ditutup dengan sehelai kain.
“Kemudian seorang jururawat menarik stokin saya. Saya kata;
“Nurse, jangan. Kaki saya sejuk.” Sebenarnya, itu sahaja aurat yg mampu saya jaga.
“Dalam ICU tu saya tidak tahu keadaan wajah saya. Tapi saya tahu cedera sahaja. Saya boleh bercakap, walaupun saya tak tahu bibir kanan saya dah koyak.
Saya tahu rambut saya terdedah. Doktor lelaki dan perempuan bergilir-gilir meninjau keadaan saya.
“Sehingga seorang doktor lelaki mengambil gambar saya dan menunjukkannya kepada saya. “Maaf ye. I terpaksa tunjuk muka U. Cedera teruk.
“Kita kena buat plastic surgery hari ni juga.” Saya merenung skrin telefonnya. “Doktor, nanti kasi hidung saya macam U.” Saya katakan kepada seorang Dr perempuan India yang memberi kata-kata kekuatan kepada saya.
“Ketawa Dr India tu. Manis. “You kan sakit, boleh buat joke.” Dalam keadaan mata saya berbalam melihat cahaya lampu, saya disorong keluar. Saya dengar suara-suara manusia yg kebanyakannya lelaki. Hati saya galau.
“Kemudian saya disorong masuk ke dalam sebuah bilik. Saya seorang diri. Sunyi dan sejuk di dalam bilik.
“Saya merintih. Bukan kerana sakit, tetapi kerana saya TIDAK BERDAYA. “Tuhan, aku tidak berdaya. Aku redha tapi aku malu kerana auratku terdedah. Tutuplah kepalaku Ya Allah.” Sedang saya berbisik-bisik tanpa suara, datang seorang jururawat. “Ustazah, saya tutup kepala ustazah dengan tuala ye. “ jururawat yg saya tak nampak wajahnya, meletakkan kain atas kepala saya.
“Dia mengemaskannya sehingga menutup leher saya.
“Saya sebak. Tuhan… Engkau Maha Memelihara. Engkau Maha Penjaga
Dalam keadaan aku berkuasa aku berusaha taat kepadaMu. Dalam keadaan aku tiada daya ampunilah aku. Engkau Tidak Akan Menghampakan HambaMu. Walau beribu derhaka.
“Berjuta peluang engkau buka agar kembali kepadaMu. Aku tak boleh hidup tanpaMu.
Menurut suaminya pula iaitu ustaz MK Azman,arwah meninggal dunia akibat sesak nafas dan kini sedang berada di Hospital Sungai Buloh. Pihak hospital akan menjalankan ujian saringan Covid-19 ke atas jenazah atas sebab negara sedang dilanda wabak merbahaya ini.
Foto : Instagram Shadiya Abbas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau keadaan lalu-lintas pada sebelah malam semasa fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Kuala Lumpur.
Video yang dikongsikan laman Instagram Istana Negara itu menyaksikan Seri Paduka Baginda menunjukkan isyarat bagus dalam menzahirkan rasa berpuas hati atas kerjasama yang diberikan rakyat Malaysia dalam mematuhi arahan pihak kerajaan.
“16 April 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan meninjau keadaan lalu-lintas pada sebelah malam semasa fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Kuala Lumpur.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan atas usaha kerajaan meneruskan fasa 3 PKP dan berharap rakyat dapat terus memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan diri dan terus berada di rumah bagi membendung wabak Covid-19.
“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa berpuas hati apabila rakyat memberi kerjasama yang baik mematuhi PKP fasa 3 yang dilaksanakan pihak kerajaan.
“Seri Paduka Baginda berdoa semoga penularan wabak ini berjaya ditangani dan diakhiri dgn segera,” kongsi Istana Negara.
Terdahulu, Baginda pernah mencemar duli meninjau keadaan di sekitar Kuala Lumpur dengan meninjau beberapa lokasi tugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat sekatan jalan raya.
Fasa ketiga PKP bermula dari 15 hingga 28 April ini.
Foto : Instagram Istana Negara
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.