Uncategorized

Majlis Sambutan Hari Lahir Uqasha Meriah

Share

Sempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25, pelakon, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen dipuji netizen kerana kelihatan semakin cantik.

Menerusi majlis yang diadakan  di Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya, 6 Julai lalu, Uqasha turut mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri.

Selain ahli keluarga, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan terdekat dan selebriti yang lain seperti Uqasha seperti Emma Maembong, Fazura, Fasha Sandha, Umie Aida, Fikry Ibrahim dan lain-lain.

Pada majlis itu juga, Uqasha turut dihiburkan dengan persembahan daripada Adeline Tsen dan Hael Husaini. Hael menyanyikan lagu Jampi yang digemari Uqasha.

Ditanya mengenai hajatnya setelah berusia 25 tahun,  Uqasha berkata, bersempena dengan ulang tahun kelahirannya antara perkara yang telah dihajatkan adalah jodoh.

Namun kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose sempat menyangkal desas-desus mengatakan dia dan pelakon Fikry Ibrahim sedang dilamun cinta.

Kami mendoakan semoga Uqasha terus dimurahkan rezeki dan satu hari nanti pasti Uqasha akan bertemu dengan seorang jejaka yang tepat dan bersesuaian dengan dirinya.

Teruskan berdoa dan inshaAllah jodoh itu akan tiba juga.

Admin kongsikan beberapa keping gambar sambutan hari lahir Uqasha yang meriah buat tatapan anda!

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

IKLAN