“Saya tidak mampu, sebab itulah saya masih bujang,” berikut kata-kata pelakon Bollywood, Salman Khan mengenai sebab utama dia kekal bujang hingga ke hari ini.

Mungkin sering diasak soalan berkaitan kahwin menyebabkan dia memberikan jawapan begitu kepada media.

‘Majlis Kahwin Mahal Sangat, Saya Tak Mampu’ – Salman Khan Dedah Punca Tak Kahwin Lagi

Berkata kepada NDTV, aktor berusia 52 tahun tersebut menjelaskan bahawa majlis perkahwinan kini terlalu mahal dan dia tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tersebut.

IKLAN

“Majlis perkahwinan sudah menjadi satu perkara yang besar sehingga ramai yang sanggup menghabiskan banyak wang untuk berkahwin,” katanya.

Walaupun begitu, Salman pernah menganjurkan majlis perkahwinan kakaknya, Arpita di Istana Falaknuma,Hyderabab pada tahun 2014 di mana kosnya antara yang termahal di India.

‘Majlis Kahwin Mahal Sangat, Saya Tak Mampu’ – Salman Khan Dedah Punca Tak Kahwin Lagi

IKLAN

Dalam pada itu, dia juga turut tersenarai oleh Majalah Forbes 2017 sebagai antara tiga pelakon Bollywood yang menerima bayaran termahal iaitu sebanyak $AS37 juta (RM145,021,583).

Bagaimanapun, Salman sebelum ini memberikan jawapan yang berbeza apabila disoal perkara yang sama pada tahun 2016.

IKLAN

“Sebab utama saya tidak berkahwin kerana merasakan bahawa saya tidak mampu menjadi seorang yang baik,” katanya.

Pada MH, mungkin Salman ada sebab tersendiri mengapa dia masih bujang dan jawapan yang diberikan hanyalah sebagai alasan sahaja. Sebagai peminat, kita doakan sajalah agar dia cepat bertemu jodoh.

Sumber: NDTV

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI