Setelah hampir setahun membuat persiapan rapi, kumpulan wanita baharu, Stellar akhirnya melakukan debut mereka menerusi single pertama yang berjudul Where You Wanna Go.
Bukan sekadar mahu menjadi penghibur, Stellar juga sebaliknya berhajat memperkasa golongan wanita pada zaman sekarang.
Menurut salah seorang anggotanya, Farisa, lagu ini sarat dengan mesej untuk menaikkan semangat para wanita agar mereka berasa ‘berkuasa’ bagi menentukan kehidupan mereka sendiri.
“Sesetengah wanita, ada kalanya mereka sering teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan. Rasa ragu-ragu selalu membataskan mereka untuk menjalani kehidupan seharian.
“Jadi, lagu ini secara keseluruhannya mengajar kita untuk sentiasa yakin dengan diri. Antara baris yang kami tekankan dalam lagu ini seperti ‘Akulah ratu, dan raja sekali’. Kita tak perlu sesiapa untuk mencipta versi diri yang terbaik.
“Asalkan kita berpegang teguh dengan pendirian dan prinsip yang kuat. Ia memboleh kita untuk menghadapi apa pun dugaan hidup yang mendatang,” katanya mewakili Stellar.
Dalam pada itu, Stellar turut mendedahkan mereka sudah bersedia daripada segi mental untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan sama ada mereka bakal disukai atau tidak menerusi single pertama ini.
Ads
“Kami memang sudah bersedia dari segi mental. Sejak kami buat keputusan untuk terjun ke dalam industri, kami sudah tahu yang ini merupakan antara cabaran yang harus kami lalui.
“Ahli keluarga kami juga faham dengan situasi ini. Orang luar bebas untuk bercakap apa sahaja. Komen-komen yang baik kami akan terima. Kalau yang berbaur negatif pula, mungkin masuk telinga kanan, keluar telinga kiri,” kata seorang lagi ahli kumpulan Stellar, Hasya.
Dalam pada itu, Stellar juga menyuarakan keyakinan bahawa mereka juga mampu bersaingan dengan kumpulan-kumpulan wanita lain yang telah terlebih dahulu menempa nama sebelum mereka.
Ads
Kami akui kumpulan wanita memang sedang menjadi trend. Mereka juga inspirasi kami. Kalau mereka boleh, kenapa tidak kami? Saya yakin kumpulan ini boleh pergi jauh.
Kalau orang luar nak banding-bandingkan kami dengan kumpulan lain. Itu terserah mereka. Realitinya kami memang ingin bersaing tetapi secara positif.
“Dulu kami tubuhkan kumpulan ini hanya suka-suka tetapi bila diberikan peluang seperti ini, kami tidak mahu persiakan. Kami berkawan sejak sekolah dan kami seronoknya untuk berjuang bersama-sama,” tambah Farisa lagi.
Sementara itu, tanpa berselindung, Stellar juga mendedahkan mereka mempunyai impian agar nama mereka terus dikenali di seluruh dunia satu hari nanti.
Ads
“Jauh disudut hati, saya mahu Stellar dikenali sehingga peringkat global. Saya yakin dengan perkara ini.
“Kami ada memasang impian untuk membuat persembahan di festival muzik popular dunia, Coachella. Tak salah pun nak bemimpi. Ia impian jangka masa panjang kami,” kongsinya Hasya lagi.
Terdahulu, Where You Wanna Go merupakan lagu ciptaan sepenuhnya Shazee.
Lagu ini telah dilancarkan secara rasmi pada 25 November lalu dan boleh didengari menerusi seluruh platform penstriman muzik.
Manakala muzik video oula sudah boleh ditonton di saluran Youtube Stellar Official VEVO.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha Ridzuan, 17, memaklumkan dia kini berada dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Mia menjelaskan dia mengalami serangan panik dan kerisauan melampau (anxiety) termasuk sukar bernafas sejak tiga hari lalu.
“Alhamdulillah, saya sudah semakin baik. Saya baharu didiagnosis mengalami severe anxiety dan serangan panik.
“Selain itu, saya juga mengalami sesak nafas selama tiga hari berturut-turut tapi sekarang keadaan saya sudah stabil.
“Terima kasih di atas doa anda semua,” tulis Mia di ruangan kapsyen menerusi akaun Instagram kedua miliknya, @miyebersare.
Terdahulu, menerusi akaun Instagram rasminya, @therealmiasara, pengurusnya memuat naik status memaklumkan aktres itu dikejarkan ke dua buah hospital pada Selasa selepas mengalami sesak nafas.
Namun, Mia telah dibenarkan pulang selepas lapan jam mendapatkan rawatan dan kini sedang berehat di rumah.
Sekadar info, Mia memulakan kerjaya seni selepas membintangi drama bersiri Adamaya yang ditayangkan pada tahun 2010.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mia Sara
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan dan penyampai radio, Shuib memberikan dedikasi buat anak ketiganya, Ariq Matin yang kini mencecah usia tujuh tahun, semalam.
Sambil berkongsikan momen indah bapa dan anak, kapsyen yang dinukilkan Shuib turut menjentik hati apabila turut ‘menandakan’ (tag) nama isterinya penyanyi Allahyarham Siti Sarah pada ruangan kapsyen.
“Hari ini 20 Nov 2022, 7 Tahun lepas. Lahirnya seorang yang bernama Ariq Matin. Semoga jadi anak baik, anak soleh dunia dan akhirat. Anak manja daddy dan Ibu @sitisarahraissuddin Anak kita semakin besar,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan peminat turut menitipkan ucapan selamat ulang tahun selain mendoakan yang terbaik buat Shuin seisi keluarga.
Menerusi platform sama, Shuib turut berkongsi majlis sambutan hari jadi anak lelakinya itu.
Imbas kembali, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Sarah pada Februari 2011.
Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas bertarung nyawa akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.
Allahyarham melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan yang kini sudah berusia setahun melalui pembedahan tanpa sedar sebelum pergi buat selamanya.
Selain Ariq dan Ayash, pasangan selebriti ini turut dikurniakan dua cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 11 dan Dzahira Talita Zahra,9.
Lain daripada yang lain, peserta kempen WONDA #StayStrong terpilih baru-baru ini telahpun menyahut cabaran menonton beberapa buah filem bergenre seram di pawagam MBO Atria, Petaling Jaya selama dua hari berturut-turut.
Cabaran yang bermula dari 11.30 malam hingga ke 6.30 pagi itu dianjurkan oleh WONDA Coffee bagi melihat siapa yang ‘jiwa kental’ hingga sanggup bersengkang mata menonton kesemua filem seram secara ‘back to back’.
Paling penting, penonton perlu menonton tanpa menutup mata, tanpa menutup telinga, tidak menutup muka dan perlu kekal berjaga sepanjang tempoh tersebut.
Langgar syarat yang telah diberikan, penyertaan mereka boleh boleh terbatal, ditambah dengan tempoh siaran waktu tengah malam yang panjang.
Yang pastinya, dia dilihat tiada masalah dengan minuman WONDA Coffee yang membolehkan mereka menahan rasa mengantuk sepanjang tontonan dalam pawagam, malah rasa lebih bertenaga!
Lalu, mereka yang berjaya ‘lolos’ waktu sehingga ke minit terakhir itu membawa pulang hadiah terkumpul sebanyak RM10,000.
Terdahulu, kempen WONDA #StayStrong ini mencetudkan tular di media sosial akibat kelibat ‘makhluk menyeramkan’ yang dilihat berlegar-legar di sekitar Kuala Lumpur.
Malah, ada netizen mendakwa mereka terserempak dengan tiga entiti misteri itu sekitar KLCC dan di beberapa lagi lokasi lain waktu tengah malam.
Sebenarnya, itu antara gimik yang ditampilkan menerusi #WondaStayStrongChallenge khusus bagi mengajak orang ramai menonton filem seram secara maraton bagi memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...