Categories: Uncategorized

Mahu Peminat Rock Mengundi Di PRU 14, Konsert Rock Legend 2018 Ditangguh

Share

Kami menerima kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak penganjur Konsert Rock Legend 2018, Grandstage Sdn Bhd yang mengumumkan konsert menampilkan kumpulan May dan Prime Domestic itu ditangguhkan.

Terdahulu, konsert berskala mega yang dijadualkan berlangsung pada 5 Mei itu akan di anjakkan kepada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Langkah tersebut dilakukan bagi menghormati para peminat yang ingin melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada Pilihanraya Umum ke 14 yang telah ditetapkan pada Rabu, 9 Mei 2018 depan.

Tarikh konsert yang hanya 3 hari sebelum tarikh mengundi dijangka sedikit sebanyak akan menganggu perancangan peminat yang mungkin antaranya perlu pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

Oleh itu, pihak penganjur merasakan bahawa langkah menangguhkan konsert ini adalah wajar dan mengambil kira kepentingan semua pihak. Berita terkini berkenaan tarikh konsert dan tiket boleh diperolehi melalui platform media sosial di www.dreamstageconcert.com.

 

IKLAN