Lima bulan melayari bahtera perkahwinan, pelakon Shahidan Izwan tidak menolak jika dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.

Menurut Shahidan atau nama penuhnya Ahmad Shahidan Izwan Mohd Ali, 28, dia dan isteri, Momoy Rahman, memang impi untuk cepat menimang cahaya mata agar dapat membesarkan anak-anak ketika usia masih muda.

“Insya-Allah saya terbuka untuk menerima cahaya mata dalam masa terdekat ini. Kami memang merancang untuk cepat dapat anak.

“Saya mahu anak-anak membesar sewaktu usia kami suami isteri masih muda. Tak mahulah nanti kami dah tua, anak-anak masih kecil lagi,” katanya.

Shahidan atau mesra disapa Idan berkata demikian ketika ditemui di sidang media All Stars Championshipdi Hotel Royal Signature, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Ads

“Mahu Anak Cepat, Nak ‘Besar’ Sama-Sama” – 5 Bulan Kahwin, Shahidan Izwan Impi Zuriat Awal “Mahu Anak Cepat, Nak ‘Besar’ Sama-Sama” – 5 Bulan Kahwin, Shahidan Izwan Impi Zuriat Awal “Mahu Anak Cepat, Nak ‘Besar’ Sama-Sama” – 5 Bulan Kahwin, Shahidan Izwan Impi Zuriat Awal

Bersedia Jadi Ayah, Mahu Didik Anak Bertinju!

Dalam pada itu, Shahidan turut berkongsi yang dirinya kini sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Pelakon drama Surat Dari Tuhan ini menyimpan hasrat untuk mengajar anak-anak seni mempertahankan diri, khususnya tinju.

Ads

“Sekarang ini saya memang dah bersedia untuk menimang cahaya mata. Kalau diberikan rezeki zuriat saya terima sahaja dan mahu menjadi seorang ayah yang kuat.

“Saya mahu mengajar anak-anak saya bertinju,” selorohnya.

Malah dia juga akui lebih gigih mencari rezeki bagi menyara keluarga yang sedang dibina.

Ads

“Kalau dulu hanya fokus pada diri sendiri tetapi sekarang saya ada isteri untuk dijaga.

“Saya perlu lebih bekerja keras untuk mencari rezeki lebih-lebih lagi kalau kami dikurniakan cahaya mata nanti,” katanya.

Untuk rekod, Shahidan dan Momoy atau nama sebenarnya Fatin Atiqah Abdul Rahman telah mendirikan rumah tangga pada Februari lalu.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI