Nampaknya cerita perkahwinan Izreen Azmida bersama seorang lelaki berstatus suami orang dan bapa kepada dua orang anak semakin panas diperkatakan.

Walaupun sehingga kini Izreen tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan dan telah mengaturkan satu sidang media untuk memperjelaskan segalanya, namun ada pihak lain pula yang kehadapan terlebih dahulu.

Baru-baru ini melalui sebuah akhbar dan portal hiburan, MH ada terbaca kenyataan dan penjelasan daripada isteri pertama kepada ‘suami’ Izreen Azmida.

IKLAN

Melalui Berita Harian, Intan Liana yang kini dikatakan ‘madu’ kepada pelakon Izreen ini telah mengetahui khabar pernikahan suaminya bersama pelakon tersebut pada 10 November yang lalu walaupun sebenarnya mereka dikatakan telah bernikah pada Ogos lalu.

Menurutnya memang pada mulanya dia tidak boleh terima tentang berita tersebut namun setelah fikir panjang dan mempertimbangkan soal anak dan keluarga dia akur dan reda dengan apa yang terjadi.

IKLAN

“Saya dapat tahu suami kahwin lain pada 10 November lalu. Memang ketika itu, saya tak boleh terima berita berkenaan. Saya memang tak boleh berfikir panjang saat itu.

 

“Namun, selepas berbincang dengan suami termasuk mempertimbangkan soal anak dan keluarga, saya akur dan terima semuanya dengan lapang dada,” jelasnya kepada wartawan Berita Harian Online.

Intan telah berkahwin bersama suaminya pada 1 Mac 2013 dan miliki dua cahaya mata Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 11 bulan.

IKLAN

Walaubagaimanapun, MH harap tiada pihak yang cuba membuat spekulasi buruk tentang pasangan ini kerana kita sendiri tidak tahu apa yang terjadi. Tunggu sehingga minggu depan kerana Izreen bersama ‘suaminya’ akan mengadakan satu sidang media untuk memperjelaskan segalanya.

SUMBER: BH Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI