Categories: Uncategorized

“Macam Si Sapi Baru Dapat Hidayah,”- Didakwa Sebagai Mangsa Fesyen, Ini Respon Awal Ashaari

Share

Seperti diketahui umum, pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya sangat ‘up to date’ mengenai perkembangan fesyen terkini. Apa tidaknya, kemana sahaja mereka pergi, penampilan mereka sering kali mendapat perhatian.

Terbaru, Awal ada memuat naik beberapa gambar ‘OOTD’ ketika menemani isterinya menghadiri sebuah majlis di Tokyo, Jepun di Instagram.

Apa yang tidak sedapnya, ada segelintir netizen tidak dapat menerima fesyen yang digayakan Awal sehingga menggelarkannya seperti seekor sapi. Lantaran itu, ini respond yang diberikan Awal untuk menemplak kecaman netizen tersebut.

Individu yang menggelar Awal seperti sapi tersebut turut menyifatkan Awal sebagai mangsa fesyen serta kelaut.

Pada MH, tidak kisahlah apa fesyen yang ingin digayakan oleh seseorang itu kerana yang paling penting adalah keselasaan. Walau bagaimanapun, bagi MH, Awal dan Scha akan terus dikenali sebagai pasangan paling ‘stylo’ sampai bila-bila.

Foto: Instagram Awal Ashaari

IKLAN