Man Raja Lawak menerusi laman Instagram miliknya merayu netizen agar mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jelasnya, dia kesal melihat paparan berita setiap hari ada sahaja kes membabitkan orang awam ditahan pihak berkuasa akibat ingkar.
Juara Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) ini turut menyatakan dia tidak mahu menyambut Ramadan dalam suasana sekatan, jelasnya hanya syaitan yang dikurung pada bulan Ramadan dan dia tidak mahu menjalani nasib yang sama gara-gara segelintir netizen yang masih berdegil.
“Assalamualaikum, tak faham lah korang ni. Aku yang duduk dekat rumah ni hari-hari tengok berita ada orang kena tangkap, naik mahkamah, naik trak polis, masuk penjara, kena saman, kenapa?
Ads
“Degil betullah korang ni. Kitorang yang duduk rumah ni angin je dekat rumah ni. Selepas itu nak keluar suka-suka, alasan bukannya munasabah pun. Ada yang nak main bola, nak pergi jogging, nak beli rokok, apa benda lah.
“Kitorang yang duduk rumah ni, macam aku duduk di rumah flat, kalau boring nak pergi mana? Takkan nak pergi rumah jiran sebelah pula? Takkan aku nak pergi merayau pula, tak boleh!
“Kalau paling boring pun aku pergi picit lif. Kau tak tahu berapa ratus kali aku pergi picit lif. Sampai lif tu pun dah boring tengok muka aku.
Ads
“Korang janganlah keluar, duduk dekat rumah sampai 14 April. Janganlah pasal korang, jangan kata 14 April tak boleh keluar, silap-silap 14 tahun kena kurung dalam rumah.
“Ini sudah nak masuk Ramadan. Ramadan kita tahu syaitan kena kurung, jangan sampai kita pun kena kurung. Rasa dah macam syaitan pula. Kitorang nak bebas, tolonglah duduk rumah. Tolonglah aku merayu,” jelasnya menerusi IG Story.
Usahawan, Datin Vivy Yusof kini semakin menjadi perhatian netizen apabila didakwa menghina golongan B40 dan M40 yang menerima Bantuan Prihatin Nasional menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, terdapat pihak menjalankan satu petisyen di media sosial yang mengesa ahli perniagaan popular itu meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Selepas beberapa hari insiden tersebut berlalu, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof telah memuat naik satu rakaman video untuk memberi penjelasan mengenai isu tersebut.
Di samping itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memohon maaf atas khilaf selain menafikan dirinya ada mengeluatkn kata-kata sebagaimana yang didakwa.
“If you choose to be anything, be kind. This will be the last statement I do on this issue. I will be moving on. Hope it clarifies A LOT of things.
“Hope you’re all coping well with MCO and sending you lots of love in this tough time,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rakan selebriti seperti Elfira Loy misalnya, turut memberi kata semangat kepada usahawan berjaya itu.
“I hope you’re feeling better,” tulis Elfira.
Selain Elfira, para peminat termasuk rakan selebriti lain turut memberikan reaksi terhadap video yang kini sudah pun mendapat tontonan lebih 1 juta kali itu.
Video: Instagram Vivy Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Demi menghormati saranan kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha memutuskan rantaian wabak koronavirus (COVID-19), penyanyi baru, Fadh Majid, melancarkan single sulung, Bukan Takdirku melalui platform media sosial, Instagram (IG) dan Bigo.
Segmen yang dinamakan Borak Santai Bersama Fadh Majid itu telah dilakukan 27 Mac lalu, berjalan secara serentak diIG dan Bigo Live selama 1 jam bermula dari 8.30 hingga 9.30 malam.
Sementara itu, pada jam 9 malam pula, video lirik lagu berkenaan turut dilancarkan menerusi saluran YouTube Todak Music.
Tidak hanya menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh pengikutnya, Fadh juga sempat berinteraksi secara langsung bersama guru vokal, Cikgu Shafie yang mengajarkannya teknik nyanyian; penyanyi terkenal, Shiha Zikir termasuk rakan media dari unit hiburan.
Positif dan memahami situasi yang berlaku di seluruh dunia ketika ini, Fadh turut menjelaskan dia dan syarikat rakamannya Todak Music, bukannya tidak sensitif apabila meneruskan hasrat untuk melancarkan lagu ini ditengah-tengah masyarakat seluruh dunia berasa terancam dengan wabak COVID-19.
Sebaiknya, tarikh pelancaran lagu tersebut sudah dirancang lebih awal.
“Meskipun dalam keadaan penularan wabak COVID-19 dan PKP, ada sesetengah kerja perlu kita laksanakan. Seperti pelancaran hari ini, tarikh yang dipilih sebenarnya sudah lama dirancang.
“Atas dasar kepekaan dan keprihatian, malahdemi kebaikan bersama, saya dan Todak Music mengambil inisiatif untuk menjadikan platform digital seperti Instagram dan Bigo sebagai landasan utama bagi pelancaran dan promosi single ‘Bukan Takdirku’ sepanjangkita mengharungi krisis wabak Covid19”
“Memandangkan ini saja cara terbaik buat masa sekarang bagi memperkenal dan mempromosikan single saya.
“InsyaAllah apabila keadaan sudah reda nanti, pastinya akan ada sebuah majlisdilakukan,” kata pemilik nama lengkap, Muhammad Fadhlullah Abdul Majid ini.
Sejak krisis COVID-19 juga, bintang ini turut menerima apa juga ketentuan Allah SWT dengan hati yang terbuka.
“Sebagai hambaNya saya sudah berikhtiar, terserah kepada Allah SWT untuk menentukan perjalanan lagu ini. Mungkin berjaya atau sebaliknya, mudah-mudahan nasib berpihak kepada saya kerana saya yakin lagu ini mampu pergi jauh,” akuinya.
Terdahulu, single Bukan Takdirku merupakan hasil nukilan dari Fadh sepenuhnya.
Lagu ini mengisahkan cinta yang terputus di tengah jalan dan bagaimana setiap daripada kita harus meredai sesuatu perpisahan yang terjadi.
“Biasanya bila bercakap mengenai lagu putus cinta, ia diekspresikan dengan rasa benci, kesal, menyalahkan pasangan, dendam dan emosi yang bercampur-baur. Jarang lirik lagu putus cinta mengangkat konteks perpisahan itu sebagai takdir Allah SWT yang harus kita terima dengan hati yang terbuka.
“Ayah saya selalu berpesan, jangan terlalu terbawa-bawa dengan perasaan amarah apabila kita kecundang dalam percintaan dan jangan sesekali berdendam.
“Redakan pemergian insan yang kita kasihi kerana mungkin Allah SWT menjanjikan sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan kita yang seterusnya,” kata penyanyi berusia 26 tahun ini lagi.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...