Uncategorized

“Maafkan Kami Suami Isteri Sebab Buat Semua Tertanya-Tanya’- Ozlynn Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Share

Tahniah diucapkan buat pasangan Johan dan Ozlyn yang telah pun selamat melahirkan bayi perempuan awal Syawal lalu.

Berita tersebut dikongsi menerusi Instagram milik Jozlynn.

“Maafkan kami suami isteri sebab buat semua tertanya-tanya… dah bersalin ke? Alhamdulillah baby selamat dan sihat sama macam mama dia.

“Raya ke 3, dia tak mahu juga keluar jadi kita terpaksa memaksa baby keluar tapi tetap secara normal. Sekarang papa nak mama berehat puas-puas memandangkan nanti malam dah mula berjaga untuk baby.

“Al-maklumlah, kami tiada helper, jadi semuanya sendiri, bukan tidak mahu menerima kunjungan, tapi papa bagi mama berehat dulu seminggu dua.

“Maklumlah nak membiasakan diri kembali dengan baby yang masih ‘fragile’, jadi harap semua faham tapi kami akan belanja wajah puteri kedua kami.

“Okay, jangan panik tengok video itu, pastinya keselamatan diutamakan, maklumlah sakit pun tak habis lagi. InsyaALLAH bila Ozlyn ready, hangpa boleh mai rumah na…

“Ingat jangan berniat untuk kenyam anak aku, aku tau ada yang dah kancing-kancing gigi tengok gambar anak aku.

“Selamat datang baby,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #familyhanania,” tulisnya

Rupa-rupanya Johan yang tulis entri tersebut memandangkan Ozlyn masih ‘direhatkan’, apa-apapun, comel betul wajah puteri kedua Johan dan Ozlyn itu.

MH tak sabar nak tahu nama penuh puteri mereka ni!

Foto: Instagram Jozlynn Hanania

IKLAN