Uncategorized

“Maaf, Saya Tak Sokong Upload Video Saat Isteri Sedang Bersalin” – Faizal Ismail

Share

Video sedutan detik-detik kelahiran yang dirakam lalu di muat naik menerusi media sosial pasti akan mendapat reaksi pelbagai netizen. Ada yang setuju dan sebaliknya.

Misalnya bagi pengacara, Faizal Ismail, dia tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak yang memuat naik posting sedemikian kerana baginya, ia bersifat peribadi.

“Maaf, saya tak sokong upload saat-saat video isteri tengah nak bersalin walau dalam apa keadaan sekalipun.

“Ia adalah saat sangat peribadi apatah lagi si isteri sedang bersabung nyawa. Lebih baik berdoa dan baca apa yang patut.

“Ia bukan untuk tontonan umum. Alasan untuk bagi pengajaran yang lain kepada yang lain adalah sekadar nak menghalalkan perbuatan.

“Ramai yang tak tengok video tu pun masih menghormati ibu dan isteri,” tulisnya.

Tambahnya lagi, dia juga mengharapkan agar ada pihak yang lebih pakar untuk memberikan pandangan mengenai isu tersebut.

“Harap takde lagi yang buat. Mungkin perlu pandangan dari pakar agama dalam hal ini.

“Pendapat daripada saya yang tak pandai ini tetapi dah menyaksikan lima kelahiran, Alhamdulillah,” tulisnya lagi.

Pada MH, mungkin bagi Faizal momen kelahiran itu adalah sangat privasi baginya, apa-apapun masing-masing ada pendapat sendiri.

Foto: Instagram Faizal Ismail

IKLAN