Acara yang menggabungkan peminat e-sukan serta muzik, M6 Carnival dan Astro Showcase telah berlangsung meriah selama tiga hari penganjurannya sejak Jumaat.
Bertempat di perkarangan tempat letak kereta Stadium Nasional Bukit Jalil, M6 Carnival diadakan bersempena meraikan Malaysia selaku tuan rumah Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) atau MLBB M6 World Championship yang berlangsung sejak 21 November lalu.
Selepas hampir tiga minggu temasya tersebut berlangsung, pasukan daripada Filipina, Fnatic Onic Philippines (FNOP) berjaya menumpaskan pasukan daripada Indonesia, Team Liquid Indonesia (TLID) dengan mata 4-1.
Sementara itu, M6 Carnival yang dianjurkan dengan kerjasama diantara MLBB dan Astro Malaysia ini juga turut mendapat sokongan penuh daripada rakan strategik, Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Ini menunjukkan pihak kerajaan juga sangat komited untuk mengangkat industri e-sukan negara ke peringkat lebih tinggi.
M6 Carnival turut diserikan lagi dengan acara Astro Showcase yang menampilkan persembahan mantap barisan artis popular seperti Naim Daniel, Wany Kayrie, Kaka Azraff, Hael Hussaini dan ramai lagi.
Ads
Malah, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan di booth Astro seperti meet & greet bersama artis, pengenalan program baharu Astro dan permainan interaktif yang menawarkan pengalaman serta hadiah-hadiah menarik.
Melengkapkan acara, skrin gergasi di pentas utama turut menayangkan perlawanan Separuh Akhir dan Grand Finale, khusus buat pengunjung bagi merasai kehangatan kemuncak kejohanan dunia ini sambil mengisi masa sepanjang acara.
Ads
Sementara itu, Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah, berkenan mencemar duli melangkan masa melawat M6 Carnival pada Sabtu.
Otai masih berbisa! Itulah ungkapan yang sesuai ditulis untuk pelakon hebat, Susan Lankester yang baru sahaja menang kategori Pelakon Wanita Terbaik di Asia Academy Creative Awards (AACA) 2024, pada Rabu lalu.
Sebelum ini, pada September 2024 beliau terlebih dahulu diumumkan sebagai National Winner sekaligus menjadi wakil Malaysia untuk kategori tersebut dan mengalahkan wakil lain dari benua Asia.
Lakonannya sebagai Aileen Choo dalam filem Rain Town arahan Tunku Mona Riza yang memaparkan karakter seorang wanita yang ‘berperang’ dengan konflik keluarga dan kanser yang dihidapi.
Saat menerima trofi, pelakon berusia 62 tahun ini kelihatan tidak dapat menahan sebak atas kemenangannya.
“Terima kasih kepada AACA kerana mengekalkan anugerah seperti ini hidup untuk orang seperti kami. Terima kasih kepada barisan juri kerana melihat saya dan melihat pelakon wanita yang berusia lebih 60 tahun yang masih aktif berlakon.
“Terima kasih kepada rakan pencalonan yang lain, saya sangat bangga berkongsi pentas dengan anda. Kita harus terus berkarya dan berganding suara, terutamanya kepada wanita, kita perlu lebih watak untuk wanita,” ucapnya penuh sebak.
Selain itu, Susan turut mendedikasikan kemenangannya itu kepada pengarah filem dan juga keluarga produksi Rain Town secara keseluruhan.
“Untuk Tunku Mona, kerana mempersembahkan watak ini kepada saya. Ketika sesi audition, dia berkata kepada saya bahawa saya bukan seorang yang mencuba untuk watak tersebut, masih ada seorang lagi yang akan melalui uji bakat.
“Dia memilih saya dan kami sama-sama mencipta Aileen yang merupakan satu watak yang menakjubkan. Dan kepada keluarga Rain Town saya, kru dan para pelakon, cara mereka bekerja penuh dedikasi untuk menjadikan filem ini satu kenyataan,” kongsinya bangga dengan karya yang dihasilkan.
Sekadar info, menerusi watak yang sama, Susan juga turut menerima pencalonan dan tersenarai dalam lima calon akhir bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 2024 yang bakal berlangsung Sabtu ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ibu kepada pelakon terkenal Han So-hee telah dijatuhi hukuman penjara tertangguh kerana mengendalikan beberapa pusat perjudian haram.
Hakim Kim Do-hyung dari Cawangan Wonju Mahkamah Daerah Chuncheon menjatuhkan hukuman satu tahun penjara dengan penangguhan dua tahun serta 120 jam khidmat masyarakat terhadap wanita berusia 55 tahun itu.
Tuduhan ke atas ibu Han So-hee melibatkan penubuhan tujuh pusat perjudian haram untuk keuntungan antara akhir Januari 2022 hingga akhir Ogos 2023.
Dia menggunakan platform Telegram untuk bekerjasama dengan ahli laman perjudian haram, mendapatkan kod akses dan pengurusan untuk mengendalikan operasi tersebut.
Keuntungan diperolehnya daripada komisen berdasarkan jumlah taruhan dan kerugian pengguna.
Mahkamah mencatatkan bahawa tertuduh pernah didenda 5 juta won ($3,800) pada tahun 2023 atas kesalahan serupa tetapi masih meneruskan aktiviti tersebut.
Walaupun keuntungan sebenar tidak didedahkan secara terperinci, struktur operasi menunjukkan jumlahnya berkemungkinan besar.
Walaupun begitu, Han So-hee tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kegiatan haram ibunya ini.
Agensi yang mewakilinya, 9ato Entertainment, mengeluarkan kenyataan bahawa kes ini sepenuhnya bersifat peribadi dan tidak berkaitan dengan pelakon tersebut.
Tertuduh, yang ditahan sejak September, telah dibebaskan selepas hukuman penjara tangguh dijatuhkan.
Pendakwa raya yang mencadangkan hukuman penjara satu tahun enam bulan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan itu, menyebutnya sebagai hukuman yang terlalu ringan.
Perbicaraan rayuan terhadap keputusan ini akan diteruskan di Mahkamah Daerah Chuncheon.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Malang tidak berbau, pelakon Adam Lee dilaporkan telah mengalami kecederaan di bahagian leher yang apabila ia difahamkan patah.
Adam bagaimanapun tidak mengulas lebih lanjut mengenai kejadian sebenar yang berlaku dan perkara itu telah dikongsikan bintang filem Babah ini menerusi Instagram, pada Khamis.
Mendoakan agar segera sembuh, Adam pada masa sama turut mendoakan agar tahun hadapan menjadi lebih baik selain akan terus seperti apa yang dipesan oleh ibunya.
“Tulang leher crack / patah pula, adoi. Tak apa, semoga tahun 2025 akan lebih baik dari tahun ini.
“Get well soon dear self. Ingat pesan ibu, kau kuat Dam and kau kena kuat. Alhamdulillah untuk semua ini,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Hantaran berkenaan pantas memancing perhatian ramai dan rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan doa semoga urusan suami kepada pelakon Sweet Qismina itu dipermudahkan.
Malah Sweet reda dengan apa yang berlaku pasti akan ada hikmatnya.
“Things happend for a reason, semuanya rahsia Tuhan, kan? My husband is very strong,” tulisnya menerusi Insta Stories.
Dalam pada itu, Adam menjelaskan kecederaan yang dialami bukan lakonan.
“Alhamdulillah terima kasih semua yang mendoakan. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT. Doakan saya cepat sembuh ya (Ini bukan lakonan, ini kejadian sebenar),” terangnya.
Sehingga kini, hantaran yang dikongsikan aktor berusia 30 tahun itu sudah pun menerima hampir 10,000 tanda suka dan disusuli dengan ratusan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.