Nama pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya kini sedang hangat diperbincangkan baru-baru ini. Semua kerana tularnya cover majalah perkahwinan yang memaparkan wajah Luna sebagai penghias muka hadapan.

Berbeza dengan cover majalah lain, kali ini Luna mendapat kritikan yang pedas, terutama daripada para pencinta haiwan.

Luna Maya Dikecam Bergambar Dengan Orang Hutan

Yayasan Perlindungan Orang Utan Bornei (Borneo Orang Utan Survival Foundation) telah mengutuk konsep penerbitan majalah itu yang mengeksploitasi haiwan terancam.

IKLAN

Luna Maya Dikecam Bergambar Dengan Orang Hutan

“Borneo Orang Utan Survival (BOS) Foundation berasa kecewa terhadap kandungan ini.

 

“Orang Utan adalah spesies terancam dan dilindungi di bawah undang-undang. Tidak selayaknya orang utan diperlakukan sebegini, dipromosi sebagai haiwan peliharaan atau permainan,” katanya 

 

“ Luna Maya adalah public figure dan seharusnya membantu meningkatkan kebimbangan akan isu pentingnya nasional dan global seperti pemeliharaan orang hutan, bukan seperti ini,” tulis BOS Foundation di Instagram.

Rata-rata bersetuju dengan pendapat yang diutarakan BOS. Malah, ada juga yang berkata orang ramai akan meniru konsep ini untuk gambar perkahwinan mereka kelak.

IKLAN

Bagaimanapun, posting itu telah dipadam dan ditukar kepada haiwan lain, iaitu burung helang. Namun, ianya tetap dikecam dengan teruk oleh netizen.

IKLAN

Luna Maya Dikecam Bergambar Dengan Orang Hutan

Namun, sehingga kini belum ada keterangan dari pihak majalah mahupun daripada Luna Maya mengenai cover majalah tersebut.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI