Zarina Zainuddin bukan sahaja terkenal dengan bakat lakonan, serta cekalannya membesarkan dua orang anak autism, malah dia juga dikenali sebagai seorang peniaga pulut kuning yang berjaya.

Oleh kerana pulut kuningnya sering mendapat sambutan dan laku keras, Zarina agak aktif menjual masakannya itu kepada orang ramai.

Seperti yang kita tahu sebelum ini Zarina sering menjual pulut kuningnya di Bangsar, namun baru-baru ini Zarina ada menjual pulut tersebut di Dataran Lumut.

Lumrah Berniaga, Zarina Zainuddin Kongsi Kesedihan Dihalau Peniaga Buah Di Lumut!

Apa yang menyedihkan, melalui Instagram Zarina memberitahu dirinya telah dihalau oleh peniaga di sana.

IKLAN

Menurutnya, dia hanya duduk di satu sudut bersama anaknya Azil seketika sementara menunggu pelangannya sementara adiknya pergi parking kereta, namun tiba-tiba ada seorang peniaga buah-buahan datang kearahnya dan menengking-nengkingnya depan orang ramai.

“Saya baru sampai disana dan tak tahu nak ke mana jadi saya pun duduk sebentar dgn azil ditepi bucu ada tempat duduk disitu sementara tengok hand phone saya customer saya dah sampai nak tahu kak ina kat mana ..sebab takde parking saya turun dulu suruh adik saya parking kereta..

 

“Tetiba datang seorang peniaga buah buahan suami isteri marah marah kat saya ..suruh angkat pulut saya disitu .. Bagi lah salam bang ..tiba tiba menjerit saya dah lah dengan azil tak tentu arah jadinya.. Kita ni orang Melayu jangan berdengki sama sendiri..” tulisnya di ruangan kepsyen.

Zarina turut memberitahu sebenarnya dia berniat untuk membeli rambutan di kedai individu berkenaan kerana tahu rakanya Umie Aida cukup suka dengan buah tersebut, namun niatnya terbatal.

IKLAN

Tambah Zarina lagi individu terbabit turut menghalau pelangannya dan membuat kecoh di situ.

“Awak jual buah saya jual pulut jauh tu baru jer ingat nak beli buah rambutan yang awak jual tu kawan saya @umieaida9 suka rambutan..

 

“Awak nak marah pun jangan tengking tengking orang customer saya tengah nak beli pun dia halau last last saya dapat satu parking kereta isteri nya datang beli pulut saya pastu tanya saya lagi lepas ni nak ke mana jual pulut..kakak tu pun suggest tempat untuk saya jual pulut saya takpe lah saya sedekahkan semua pulut itu pada orang orang yang ada hari dah malam .. Saya datang nak beli ikan bilis mata biru di Lumut..nak buat menu baru sambal ikan bilis dengan petai dan pulut kuning ..
Kalau berdengki macam ni sampai bila pun kita tak boleh maju..” tulisnya lagi

Bagaimanapun Zarina tetap berfikiran positif dan berharap agar individu terbabit membersihkan hatinya.

IKLAN

Assalamualaikum Semalam saya berniaga pulut di Dataran Lumut kena halau dgn orang orang yang sama meniaga disana..bising bising dia cakap tapak tu dah disewa untuk semua peniaga sana ..saya baru sampai disana dan tak tahu nak ke mana jadi saya pun duduk sebentar dgn azil ditepi bucu ada tempat duduk disitu sementara tengok hand phone saya customer saya dah sampai nak tahu kak ina kat mana ..sebab takde parking saya turun dulu suruh adik saya parking kereta.. Tetiba datang seorang peniaga buah buahan suami isteri marah marah kat saya ..suruh angkat pulut saya disitu .. Bagi lah salam bang ..tiba tiba menjerit saya dah lah dengan azil tak tentu arah jadinya.. Kita ni orang Melayu jangan berdengki sama sendiri.. Awak jual buah saya jual pulut jauh tu baru jer ingat nak beli buah rambutan yang awak jual tu kawan saya @umieaida9 suka rambutan.. Awak nak marah pun jangan tengking tengking orang customer saya tengah nak beli pun dia halau last last saya dapat satu parking kereta isteri nya datang beli pulut saya pastu tanya saya lagi lepas ni nak ke mana jual pulut..kakak tu pun suggest tempat untuk saya jual pulut saya takpe lah saya sedekahkan semua pulut itu pada orang orang yang ada hari dah malam .. Saya datang nak beli ikan bilis mata biru di Lumut..nak buat menu baru sambal ikan bilis dengan petai dan pulut kuning .. Kalau berdengki macam ni sampai bila pun kita tak boleh maju.. Melayu ke tu yea..orang Melayu.. Saya dapat pahala bagi orang makan semalam ..? Allhamdulillah ? Duit boleh cari bang atitude tak boleh beli ..ia lahir dari jiwa yang tulus..walau kadang -kadang ada orang mengata kita kat belakang .. Rezeki Allah bagi? Semuga abang tu dapat membersihkan hatinya ..❤? Arini saya berpuasa semperna hari terakhir tahun ini ..puasa ganti daa..hihihi..

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Walau bagaimanapun terkini, salah seorang wakil dari Komuniti Seri Manjung FOC telah tampil kehadapan dan meminta maaf atas segala apa yang terjadi.

https://www.facebook.com/qalbu.suci.5/videos/316773628818398/

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI