Uncategorized

Lufya Kongsi Nama Anak Di Instagram

Share

Wah nampaknya baru-baru ini Lufya telah mendedahkan nama anak di Instagram.

Seriously MH agak mengagumi nama unik bayi perempuannya itu.

Menurut Lufya, setelah setelah dipertimbangkan, dia bersama suaminya memilih untuk menamakan anak mereka Laana Haura.

Indah betul nama, seindah wajahnya.

Lufya turut memberitahu keputusan untuk menetapkan nama anaknya bukanlah sesuatu yang mudah kerana mengikut nasihat dari seorang ustaz nama bayi perlulah membawa maksud yang baik dan tidak disesali.

Setelah mendapat nasihat dari orang yang bertauliah akhirnya dia memberikan nama yang membawa maksud

Laana : lembut
Haura : Putih / bidadari

 

“Bismillahirahmanirahim
Baby L nak umumkan nama harini. Thank u aunty-aunty chantik & uncle-uncle hensem kasi idea kat mummy nak letak nama apa. Pastu mummy pun refer kat Ustaz @syedkadir dan isteri @salimahabibi Nama apa yang sesuai dengan makna yang baik untuk Baby L. Kata Ustaz nak bagi nama ini kene hati-hati supaya nama yg diberikan tidak disesali hingga akhirat tau… Nama yg akn dipggil di Padang Mahsyar. Goosebump dengar kan? Selepas mummy & daddy perah kepala fikir nama apa nak kasi akhirnya dengan kata sepakat menamakan baby L dengan nama ? @laanahaura,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Malah, MH turut perasan Lufya dan suaminya juga telah mewujudkan akaun rasmi anaknya.

Namun sehingga kini akaun tersebut masih lagi privet dan belum dibuka secara umum.

IKLAN