Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon dan usahawan, Hanez Suraya Abdul Aziz atau sinonim dengan panggilan Hanez Suraya ini.

Selain berkongsi perihal jenama niaganya, ibu kepada dua cahaya mata ini dilihat sering saja berkongsi mengenai aktiviti harian bersama keluarga tersayang.

Baru-baru ini, bintang berusia 34 tahun itu misalnya ada berkongsi momen saat dia meluangkan masa bersama suami dan anak-anaknya di sebuah pusat membeli-belah Suria KLCC, Kuala Lumpur.

Kongsi Hanez, dia juga turut menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 tahun.

IKLAN

“Birthday dinner with love,” tulisnya.

View this post on Instagram

Birthday dinner with ❤️

A post shared by Hanez Suraya ™️ (@hanezsuraya) on

IKLAN

Melihat di ruangan komen pada gambar tersebut, rata-rata peminat memuji sikap penyayang Hanez terhadap anak tirinya juga.

Luangkan Masa Bersama Anak-Anak, Peminat Puji Sikap Hanez Suraya Sayangi Anak Tiri

IKLAN

Untuk rekod, Hanez mendirikan rumah tangga bersama Romie Razin Adilha Abd Rais dengan sekali lafaz pada 25 Mac 2015.

Pasangan ini turut dikurniakan dua cahaya mata cahaya mata perempuan.

Foto : Instagram Hanez Suraya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI