Uncategorized

Luahan Farah Lee Kes Cerai Dengan Ally Iskandar

Share

Sungguhpun Farah Lee bukanlah selebriti yang punyai album atau drama terkini, namun namanya tidak asing lagi di kalangan gadis-gadis hijabi.

Farah pernah mendirikan rumah tangga bersama personaliti tv, Ally Iskandar dan mendapat seorang puteri bernama Maream Esabel yang kini berusia 2 tahun 10 bulan.

Namun, pada 17 Ogos tahun lalu Ally mengesahkan lafaz ceraitelah jatuh ke atas Farah dengan talak satu.

Bijak menyusun kata dan sentiasa berkongsi kata-kata positif membuatkan ramai yang sentiasa ingin mengikuti perkembangannya dari masa ke masa.

Baru-baru ini Farah yang sentiasa tersenyum bersama anaknya dan fasih berbahasa Korea ini ada meluahkan perasannya di Instagram.

Tulisannya agak menyentuh hati dan mampu membuatkan kita menitiskan air mata.

Menurutnya, menjadi seorang janda bukanlah mudah seperti yang difikirkan. Malah, dia juga meminta untuk semua orang yang punyai rancangan untuk bercerai cari jalan penyelesaian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Farah juga ada berkongsi cerita detik-detik perceraiannya.

“Firstly keputusan bercerai ni bukan kehendak aku. Aku setuju diceraikan kerana menghormati kehendak pihak satu lagi. I believed he had done his best and that was his time to tawakkul so he decided to ceraikan. But for me, I masih rasa belum did my best jadi aku masih mahu pertahankan, tambahan kami ada Maream.

 

“Jadi walau dah dilafazkan talak, dalam tempoh iddah aku masihmahu tinggal serumah (islam galakkan untuk talak rajie). Macam2 usaha. Kalau orang tengok, macam tiada maruah. Parents aku marah, kata mereka kenapa masih terhegeh.? Aku kata ini bukan kerana dia tapi kerana Allah. Sebab bukanlah dia perfect sangat sampai aku tak nak lepaskan Bukanlah aku rasa tak mampu cari ganti yang lebih hebat tapi ia janjidengan Allah yang perlu aku tunaikan.” Tulisnya di ruangan kapsyen.

Namun seperti biasa, Farah juga tidak terkecuali disalahertikan oleh para netizen hingga akhirnya membuatkan dia terpaksa menjelaskan keadaan sebenar.

Sejak entri itu dimuat naik, ada pihak yang mula menyalahkan dan mencemuh tindakan Ally berdasarkan apa yang telah ditulis.

Sedar dengan apa yang terjadi, Farah segera mohon maaf dan menjelaskan tiada istilah menuduh sesiapa yang salah dalam perkara ini.

“I apologise if any of you found my latest #FLwritesprovoking/blaming the other side. It was not my intention. Never. I did mention; I believed they had done their best too. Dan mereka memilih untuk menceraikan kerana mereka yakin usaha di pihak mereka telah sempurna.

 

“Aku, bicara tentang kau yang jika rasa masih ada usaha yang belum terlaksana, untuk melaksana.”

Selain itu, Farah juga ada mengatakan luahan hatinya itu benar-benar dari hati. Dia juga meminta untuk setiap pihak menunding jari pada diri sendiri terlebih dahulu.

“Kasar, tapi jujur aku bagitau. Kita masih sakit hati kerana kita masih tidak ikhlas memberi. Ikhlas berusaha, walau apa pun hasilnya. Letakkan salah pada kita dahulu, sebelum menunding melulu. Siapa nak baiki kita, kalau bukan kita, 맞지 (betul).?

“Mungkin, kita yang jahat untuk mereka. Jadi Tuhan jadi kanyang perit ini, sebagai reflect diri sendiri. Supaya kita makin baik, untuk diganti yang lebih cantik, dalam bentuk yang sama, atau beda.” Tambahnya lagi.

Walaupun ada segelintir yang mengatakan tindakan Farah Lee ini agak keterlaluan, tetapi mungkin niat Farah hanya sekadar berkongsi pengalaman hiduppada semua pengikutnya, tiada niat untuk menyalahkan sesiapa.

IKLAN