Jujur MH sebenarnya kasihan juga dengan Little Miss Khan, adik kepada usahawan serta pengacara MeleTop, Neelofa apabila menjadi bahan kecaman netizen gara-gara isu memperlekehkan jenama telefon pintar popular Malaysia, Samsung.

Bagaimanapun melalui Insta Storiesnya Ameera telah tampil memohon maaf secara terbuka atas apa yang telah terjadi.

Dan Ameera menjelaskan dia tiada niat untuk menyakiti atau melukakan perasaan sesiapa.

Namun mungkin kerana terlalu selesa ketika melakukan pengambaran tersebut, secara spontan Ameera langsung tidak sedar perkataan tersebut keluar dari mulutnya.

Malah, Ameera akui sepatutnya meminta team produksi tersebut untuk crop (potong) bahagian tersebut.

Ameera turut berkata dia sedar perbuatannya itu telah membuatkan ramai pihak marah bagaimanapun dia tetap menghormati telefon pintar tersebut.

IKLAN

Little Miss Khan Minta Maaf & Jelaskan Isu Cikgu Itu Tidak Benar!

Dalam pada itu, Ameera turut menjelaskan isu berkenaan kenyataan bekas gurunya itu dan berkata dakwaan tersebut tidak benar.

Malah, Ameera kesal kerana isu sebegini bangkit dan menganggap ia sebagai mengambil peluang tentang isu yang berbangkit.

IKLAN

Little Miss Khan Minta Maaf & Jelaskan Isu Cikgu Itu Tidak Benar!

Seperti yang MH katakan, kami sendiri pun tidak pasti sama ada adakah individu yang mengaku itu benar-benar gurunya atau tidak namun kami hanya melaporkan apa yang kami terima tanpa sebarang tokok tambah.

MH sendiri terkejut dengan segala pengakuan yang dibuat oleh bekas guru tersebut dan bertanya adakah ia benar terjadi?

IKLAN

Namun seperti yang kami pernah katakan, tidak mungkinlah seorang guru boleh melakukan perkara tersebut.

MH tidak menolak kemungkinan besar juga akaun tersebut merupakan akaun palsu, maklumlah zaman sekarang ini ramai betul orang yang berani mengambil kesempatan apatah lagi dalam hal mencipta akaun palsu.

Jika Ameera sudah jelaskan yang individu tersebut bukanlah bekas guru Ameera dan hanya rekaan sahaja, MH percaya dan syukur sekurang-kurangnya perkara ini tidak benar.

Apapun, mungkin selepas ini Ameera perlu lebih berhati-hati apabila mengeluarkan sebarang kenyataan. Sungguhpun Ameera bukanlah seorang selebriti namun setiap gerak geri Ameera sering diperhatikan kerana Ameera merupakan adik kepada pengacara terkenal tanah air.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI