Buat julung-julung kalinya, lima keluarga selebriti popular bergabung di bawah satu bumbung bagi menjayakan program terbaharu di slot eBu, Oh My Family!

Terdiri daripada keluarga Datuk Fazley Yaakob, Datuk Aaron Aziz, Rita Rudaini, Azad Jasmin serta Aziz M.Osman di mana setiap daripada mereka akan diberikan misi untuk diselesaikan.

Untuk pengetahuan semua, program ini memaparkan gelagat anak-anak para selebriti menyelesaikan misi yang diberikan dengan penglibatan minimum daripada ibu bapa masing-masing.

IKLAN

Lima Keluarga Selebriti Popular Bergabung Dalam Oh My Family!

IKLAN

Misi yang diberikan adalah bersesuaian dengan peringkat umur anak masing-masing seperti menanam pokok, memasak, mendirikan khemah, mengemas rumah, menaiki kenderaan awam dan pelbagai lagi.

IKLAN

Penolong Naib Presiden Gen Next Astro, Razlin Irawati Johar menjelaskan lagi mengenai program tersebut.

“Oh My Family! merupakan buah tangan paling meriah untuk penonton di luar sana memandangkan program ini menghimpunkan lima buah keluarga selebriti terkenal.

“Menariknya program ini apabila anak-anak ini menonjolkan sisi berbeza yang tidak pernah dilihat oleh ibu bapa sendiri. Oleh itu, penonton bakal melihat pelbagai aksi dan reaksi spontan yang mencuit hati daripada selebriti dan anak mereka.

“Selain itu, program ini juga turut memberi peluang kepada barisan selebriti yang terlibat untuk lebih memahami dan mengenali sisi lain anak-anak mereka,” katanya ketika sidang media yang berlangsung di The Forum, The Signature Hotel & Serviced Suites.

Program ini bakal bersiaran setiap Rabu mulai 11 April, jam 9 malam di Astro Ria, Ria HD dan Astro Ceria serta di platform digital Astro GO dan on demand.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI