Jangan main-main ya dengan bucu tudung yang crumple dan tak terbentuk dengan elok. Ia adalah perkara yang paling tidak disukai oleh wanita berhijab apabila tudung yang dipakai senget dan sukar dibentuk.
Malah, kalau tudung tak ‘on point’ boleh rosakkan mood sepanjang hari tau! Terutamanya, apabila menghadiri majlis-majlis penting atau keramaian yang pastinya akan ada banyak sesi bergambar untuk disimpan sebagai kenangan. Kalau tudung buat hal ketika itu memang nahas.
Bagaimanapun, perkara sama tidak menjadi sebarang masalah bagi pelakon genit asal kelahiran Kuala Selangor, Ardell Aryana. Malah Ardell dengan selamba memuat naik satu foto di laman Instagram miliknya, memaparkan dia memakai tudung ‘senget’.
“Lihatlah dengan hati, bukan sekadar memerhati. Always my favourite fabric,” tulisnya.
Ardell atau nama penuhnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 34 tahun mula bertudung sejak pertengahan September, enam tahun lalu.
Team MH sempat meninjau ruangan komen dalam hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata wargamaya memberikan respon positif.
Malah, netizen menyifatkan bahawa apa sahaja yang dipakai oleh aktress yang mempunyai darah kacukkan melayu-cina tersebut pasti kelihatan cantik.
Ads
Ads
Pada MH, cantik itu merupakan perkara yang subjektif. Ini demikian kerana, setiap individu mempunyai pandangan serta perspektif tersendiri tentang kecantikan masing-masing.
Apa yang penting, kecantikan luaran perlulah seiring dengan kecantikan dalaman, sikap dan perilaku kita kena jaga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Rentetan isu pengunduran diri pelawak, Shuib daripada program Sepahtu Reunion Live (SRL), pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu memaklumkan dia akan selamanya menyanyai rakan seperjuangannya itu.
Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin berkata sedemikian ketika menjawab pertanyaan netizen sewaktu sesi siaran langsung di aplikasi Tik Tok.
Video berkenaan kemudiannya tular di platform yang sama.
Jelas Jep, walau apapun yang terjadi, hubungannya bersama sahabatnya itu tidak akan pernah putus.
“Mestilah sayang. Saya sayang kawan-kawan saya. Yang saya cerita baru-baru ini hanyalah penjelasan keadaan. Takkan disebabkan hal itu kami nak bermusuh atu tidak berkawan lagi.
“Lagipun, penulisan tersebut tidak menyentuh perkara lain tetapi kenyataan berhubung isu berbangkit.
“Shuib atau Mamat, mereka kedua-duanya kawan saya daripada kampung lagi. Mamat tu lagilah, kawan daripada kecil,” katanya.
Dalam pada itu, Jep turut merasakan ada kalanya sahabat baik tidak sesuai untuk berkerja bersama.
“Dalam kehidupan ini, memang ada individu yang kita sangat selesa berkawan tapi bukan untuk berkerja. Untuk bekerja, ada individu lain pula.
“Sebagai contoh, katakanlah kita berkawan dengan seseorang itu sejak kecil, tak bermakna pekerjaan kita mesti kena sama.
“Setiap orang ada kehidupan masing-masing tapi persahabatan akan kekal. Janganlah sebab kita tak boleh bekerjasama ketika berkerja, kita dah tak boleh berkawan.
“Ada kalanya orang luar tak faham dan buat andaian sendiri. Hal ini langsung tak mengusik tali persahabatan kami. Ia tak berubah dan tetap begitu,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, penyampai radio Sinar FM itu tetap mahu menghargai Shuib sebagai teman jatuh bangun sejak berkecimpung di dalam dunia seni.
“Saya dan Shuib tiada masalah apa-apa. Dia merupakan orang yang menemani perjalanan seni saya. Apa yang saya ceritakan hari itu hanyalah penjelasan agar kisah ini tidak tergantung atau menjadi fitnah.
“Ukhwah dan silaturrahim ini adalah yang paling penting. Namun, tak perlulah kita tunjuk atau pamer kat orang,” ulasnya lagi.
Katanya lagi, dia juga tidak mahu bermasam muka dengan sesiapa lebih-lebih lagi ketika usia sudah meningkat.
“Umur dekat 40 ni buat apa gaduh-gaduh atau bermasam muka. Saya tiada masa untuk itu.
“Banyak lagi masa-masa yang lebih bermanfaat untuk saya fikir. Contohnya untuk keluarga, anak-anak dan kawan-kawan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Jep Sepahtu & Tik Tok Yiennn
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Saharul Ridzwan menitipkan ucapan istimewa buat isterinya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
Menurut Saharul, dia sememangnya berasa amat bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberikannya kesempatan untuk terus memimpin keluarganya itu sehingga ke hari ini.
Katanya lagi, meskipun tiada siapa yang mampu untuk meramal masa hadapan, namum, dia tetap akan berusaha untuk membawa keluarganya itu ke jalan yang diredai Allah.
“MasyaAllah Tabarakallah. Dah 5 tahun hari ni. 50 ribu tahun sebelum Allah ciptakan langit dan bumi, Allah dah takdirkan saya akan bersama awak, sebagai suami isteri. Tapi kita tak tahu apa di depan.
“Tapi saya tahu apa yang sy nak sekarang. Saya nak bersama-sama keluarga saya di syurga firdaus, bersama-sama kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Kita usaha ye sayang untuk ke sana. InShaaAllah,” tulisnya.
Ucapan istimewa itu dikongsikan oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga sebolehnya mahu seluruh ahli keluarganya ditempatkan di Syurga Firdaus bersama kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh selain turut mendoakan agar perkahwinan yang dibina oleh Saharul dan isteri akan kekal sehingga ke akhir hayat
Pelakon veteran Jaafar Onn terbuka untuk sama-sama berkongsi rezeki seterusnya membantu para usahawan untuk terus mencipta sukses dalam bidang perniagaan, khasnya menerusi platform media sosial.
Jaafar yang sinonim disapa sebagai Papa Jaafar berkata, meski dia kini meniti usia 72 tahun namun itu bukan halangan untuknya terus melakukan apa yang diminati.
“Kita ada cara kita menjual. Kita tolong Melayu sama Melayu tapi ikut saluran betul. Saya juga ingin bantu anak Melayu terus berjaya. Bukan wang ringgit yang saya kejar tapi saya ingin menyumbang sesuatu kepada orang ramai.
“Selain berlakon inilah antara perkembangan terbaharu saya. Benda yang kita suka buat, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan. Saya mengalu-alukan peminat untuk sama-sama jamu selera di sini, ” katanya.
Jaafar berkata demikian ketika ditemui pada perasmian cawangan baharu Nasi Kukus Tonggek (NKT), di Lot 10, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada masa sama, Jaafar yang kini turut aktif mempromosikan restoran berkenaan di TikTok tidak peduli jika ada komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.
“Saya tidak kekok untuk aktif dan buat ‘live’ di media sosial. Walaupun orang cakap macam-macam, saya terima seadanya. Biasalah, ada yang suka dan tidak.
“Kalau ada orang kata jangan buat ‘live’ kerana usia sudah lanjut, saya tidak peduli. Apa yang saya buat adalah kerja saya. Ia trend semasa dan rasanya tidak salah untuk saya sama-sama terlibat.
“Kalau ada orang kecam sekalipun, bagi saya, hanya satu peratus sahaja. Ada juga netizen suruh saya berehat sahaja. Namun, dalam hidup ini ada masa untuk kita berehat dan mencari duit.
“Kalau sentiasa berehat, siapa pula mahu beri kita duit untuk teruskan kelangsungan hidup? Betul tak” katanya yang turut berbangga atas perasmian cawangan NKT.
Berkongsi mengenai kejayaan jenama NKT yang kini dibuka di Bukit Bintang, Pengarah Kukus Tonggek Group Sdn Bhd, Muhammad Nur Aiman Basuni menjadi anak Melayu pertama yang membuka restoran makanan itu di lokasi tumpuan ramai itu.
Selaras dengan slogan Nasi Kukus Tonggek, iaitu Make Nasi Kukus Great Again dan sudah mempunyai 28 cawangan seluruh Malaysia, Muhammad Nur Aiman kini memasang impian untuk melebarkan sayap perniagaan ke negara seberang.
“Semua ada impian untuk meluaskan pasaran ke luar negara. Jika ada peluang itu, kita tidak menolak.
“Hari ini, impian untuk membuka cawangan Nasi Kukus Tonggek yang betul-betul berada di lokasi tumpuan orang ramai termasuk pelancong luar negara, juga tercapai dengan bantuan Papa Jaafar Onn,” katanya.
Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut termasukisterinya, Siti Nabilah Mohamad Isa selain kehadiran pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari sebagai tanda sokongan.
Pada program sama, NKT Group M Sdn Bhd turut melancarkan Sambal Tonggek, dengan wajah Papa Jaafar pada produk pembungkusan, dan boleh didapati di semua platform atas talian.
Sambal Tonggek mudah dibawa ketika melancong ke mana-mana kerana pek kecil mesra poket, malah kandungan belacannya adalah ramuan khas yang hanya terdapat di kilang belacan Indonesia.
Muhammad Nur Aiman juga menambah dengan bantuan Papa Jaafar, Nasi Kukus Tonggek kini mempunyai lebih 134,000 pengikut di TikTok disusuli hampir 3 juta tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer, Andi Bernadee, kembali memikat peminat dengan single terbaharunya berjudul Siapakah Namamu, sebuah lagu yang mengangkat kisah indah pertemuan cinta yang tidak...