Categories: Uncategorized

Liam Payne Dan Cheryl Cole Berpisah!

Share

Setelah sekian lama cuba mempertahankan hubungan mereka, akhirnya, ketua kumpulan One Direction, Liam Payne mengumumkan perpisahan dengan teman wanitanya, Cheryl Cole.

Dia mengumumkan berita sedih itu menerusi Twitter.

“Saya dan Cheryl dengan dukacitanya mengumumkan bahawa kami akan membuat haluan sendiri. Ini merupakan satu keputusan yang sukar buat kami berdua.

“Kami masih menyayangi antara satu sama lain sebagai sebuah keluarga. Bear (anak mereka) adalah dunia kami dan kami harap anda semua dapat hormati keputusan ini sebagaimana kami mengharungi perkara ini,” tulisnya.

Bagaimanapun, pengumuman tersebut tidaklah begitu mengejutkan memandangkan peminat sudah berspekulasi bahawa kedua-dua mereka mempunyai masalah berbulan lamanya.

Pasangan selebriti ini mempunyai seorang anak bersama, Bear yang lahir pada Mac tahun lalu.

Terdahulu, Cheryl pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak suka kehidupan peribadinya dipertontonkan kepada umum. Berbeza sekali dengan Liam yang suka bercerita perihal kehidupan peribadinya.

Dalam pada itu, sumber terdekat pasangan itu juga mengatakan bahawa Liam sangat menyayangi anak lelakinya dan cuba memperbaiki hubungan dengan Cheryl namun gagal.

 

Foto: Carian google

IKLAN