Ads

“Lepas Gian, Saja Suka-Suka…,” – 10 Tahun ‘Gantung’ Kerusi Pengarah, Erma Fatima Kembali! Satukan Bintang Ternama Nusantara

Sedekad selepas mengarahkan drama terbaik, Pesan Dari Tuhan, penerbit dan pelakon Erma Fatima kembali mencuri perhatian apabila berkongsi beberapa keping foto yang seolah-olah memberi bayangan dirinya kini kembali ke kerusi pengarah.

Tanpa memperincikan lanjut mengenai projek berkenaan, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 58, memuat naik foto berada di set penggambaran menerusi Instagram.

Difahamkan, ia merupakan sebuah projek kerjasama antara Malaysia dan Indonesia.

“Lama tak rasa macam ini (begini),” demikian coret ringkas Erma pada ruang kapsyen.

Perkongsian tersebut memperlihatkan momen di set lokasi yang membabitkan barisan pelakon ‘A-list’ tanah air seperti Umie Aida, Vanidah Imran, Puteri Sarah dan Anna Jobling.

Ads

Dalam hantaran sama, Erma menggunakan audio lagu Islamik, Wahai Pemilik Jiwa dendangan asal Opick.

Selain itu, turut kelihatan dalam perkongsian berkenaan ialah barisan pelakon dari Indonesia seperti Lukman Sardi, Bima Samudra, Elina Joerg dan Valentino.

Ads

“Lepas Gian, Saja Suka-Suka…,” – 10 Tahun ‘Gantung’ Kerusi Pengarah, Erma Fatima Kembali! Satukan Bintang Ternama Nusantara “Lepas Gian, Saja Suka-Suka…,” – 10 Tahun ‘Gantung’ Kerusi Pengarah, Erma Fatima Kembali! Satukan Bintang Ternama Nusantara “Lepas Gian, Saja Suka-Suka…,” – 10 Tahun ‘Gantung’ Kerusi Pengarah, Erma Fatima Kembali! Satukan Bintang Ternama Nusantara “Lepas Gian, Saja Suka-Suka…,” – 10 Tahun ‘Gantung’ Kerusi Pengarah, Erma Fatima Kembali! Satukan Bintang Ternama Nusantara

Sekadar Lepas Rindu

Menurut Erma, dia sebenarnya sudah lama tidak duduk di kerusi pengarah dan peluang ini digunakan untuk melepaskan rindu dalam menjayakan projek istimewa tersebut.

Ads

“Lepas gian selepas 10 tahun tak direct (mengarah). Saja suka-suka, setakat ini tak tahu lagi mana nak tayang,” katanya.

Untuk rekod, pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-7 itu kali terakhir mengarah telefilem menerusi Pesan Dari Tuhan, yang kemudiannya diangkat sebagai Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2017.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Rahsia Aliff Syukri Murah Rezeki, Muliakan Keluarga & Isteri! – “Pernah...

Usahawan sensasi, Aliff Syukri percaya rezeki seseorang individu itu tidak akan pernah terputus sekiranya sentiasa merai serta mewahkan keluarga tercinta, termasuk pasangan hidup. Menurut Aliff,...
error: Hello. Cannot.