Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida akhirnya memuat naik foto bersama suami yang sekali gus menerima perhatian dari peminat.

Ini kerana sebelum ini, pelbagai spekulasi timbul dan diperkatakan berdasarkan situasi rumah tangga mereka ketika itu.

Malah, apa yang dikongsi serta tulis mereka di sosial media masing-masing terdahulu turut mencetuskan telahan yang pelbagai dari netizen.

“Lengkap dah family Raudhah Arshiyah,” kongsi ibu kepada lima cahaya mata ini menerusi satu posting di Instagram pada Isnin.

IKLAN

Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat menzahirkan rasa syukur dan mendoakan bahtera perkahwinan kekal harmoni selamanya.

IKLAN

Dalam pada itu, ada reaksi yang ditinggalkan di ruangan komen mendapat respon dari Shahida.

IKLAN

Untuk rekod, pasangan usahawan ini berkahwin pada 2007 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusof Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.

Mereka turut mengambil seorang anak angkat perempuan.

Foto: Instagram Datin Seri Shahida

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI