Pelakon Reen Rahim naik rimas dengan kemas kini berita yang baginya banyak memaparkan hantaran dan berita melibatkan seorang individu, kebelakangan ini.
Menerusi hantaran berkenaan, Reen meletakkan initial nama F.L terhadap perkara berkaitan.
“Dah berapa hari bukak Instagram news bodo ni F.L naik je. Lemaslah aku tengok,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri bintang drama Keluarga Instafamous itu menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Khamis.
Malah, Reen turut meminta cadangan daripada pengikutnya bagaimana cara untuk menyekat hantaran tersebut daripada terus muncul di susur masa akaun media sosial miliknya.
Ads
“Macam mana nak setting benda bodoh ni jangan naik dekat wall aku eh? Tolong guys,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut menyarankan Reen untuk berhenti mengikuti individu yang diperkatakan olehnya.
Antaranya;
“Tekan button hide.
Ads
“Block je dia sis.
“Bencikan. Rimas bercampur ‘rengsek’.
“Betul sangat. Serabut tengok benda-benda negatif ni.
Ads
“Samalah. Saya buka IG pun muka dia je. Nak muntah hijau dah ni.”
Setakat ini, posting tersebut meraih lebih 3,000 tanda suka disusuli dengan ratusan komen pelbagai yang ditinggalkan netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Reen Rahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Irma Hasmie bukanlah nama baru, kehadiran dirinya dalam industri seni satu ketika dahulu cukup meninggalkan kesan dengan penampilannya yang cantik dan popular sebagai pelakon, pengacara serta model, Irma mengumpul peminatnya yang tersendiri.
Bagaimanapun, sejak mendirikan rumahtangga pada 2012 dan bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata nama Irma Hasmie terus tenggelam dari industri hiburan tanah air.
Malah, kini Irma lebih selesa menumpukan perhatian kepada keluarga, serta fokusnya lebih tertumpu kepada kerja-kerja sukarelawan Islam, mengacara dan juga menyediakan modul latihan.
MH berkesempatan menemubual personaliti jelita ini mengenai perkembangan terbaharunya, serta sudut pandang dirinya dalam melalui perubahan dalam kehidupan.
Sudah berhijab sejak 2011, Irma berkongsi tentang kisah perubahan serta penghijrahan ke arah lebih baik yang dimiliki olehnya.
“Fitrah manusia hendak jadi lebih baik, tiada manusia yang hendak jadi lebih jahat. Kalau dia sudah baik pun dia mahu menjadi lebih baik. Perasaan itu sentiasa ada bagaimana kita hendak upgrade diri kita.
“Perubahan ini subjektif, bukan hanya dari bertudung kepada tidak bertudung, sebenarnya ia merangkumi semua aspek dari segi performance dan kerja, peribadi dan pendidikan. Kita sentiasa hendak jadi lebih baik,” kongsinya penuh makna.
Kebiasaan yang biasa kita dengar, apabila seseorang berubah ke arah lebih baik, sering dilabel sebagai bertuah kerana berjaya memperoleh serta dikurniakan hidayah dari Allah SWT.
Namun, lain pula persepsi bagi wanita anggun ini. Menurut Irma hidayah itu sifatnya lebih berharga dan akan dihargai apabila kita berusaha sebaik mungkin untuk mencarinya.
“Ada sesetengah orang rezeki mereka sangat indah dan baik yang mana mereka tidak perlu mencari hidayah. Cumanya, kalau mereka tidak mencari hidayah, adakah mereka grab peluang itu atau tidak.
“Kadang-kadang kita terlepas sebab kita tak ambil peluang sewaktu Allah petunjuk dan hidayah. Pada orang yang berusaha pula apabila mendapat hidayah dan petunjuk mereka merangkul peluang tersebut.
“Bagi saya perkara itu mungkin lebih baik, mungkin kerana ada pro dan kontra dalam perjalanan kehidupan. Dalam agama pun ada mengajar kita takkan boleh ubah seseorang kecuali dia ubah diri dia sendiri. Jadi nak berjaya kita kena ubah diri kita,” ujarnya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pengacara dan penyampai radio terkenal, Faizal Ismail manafikan dirinya sudah berkahwin lain ketika menunaikan umrah di Tanah Suci, Mekah pada tahun 2022 seperti yang didakwa oleh seorang individu yang mengaku sebagai saksi.
Menurut Faizal, dakwaan tersebut merupakan fitnah yang bertujuan untuk menjatuhkan air mukanya.
“Apa yang boleh saya katakan, perkara itu tidak benar. Saya difitnah dan individu terbabit mempunyai niat nak menjatuhkan saya,” katanya kepada MH.
Memurut Faizal lagi, pada ketika itu, dia sedang menunaikan ibadah umrah diatas kapasiti sebagai duta bagi sebuah agensi pakej umrah.
Bagaimanapun, syarikat tersebut dikatakan sedang mengalami beberapa masalah untuk menguruskan para jemaah pada waktu itu.
Katanya lagi, disebabkan hal tersebut, dia turut terkena tempiasnya
“Sebenarnya, pada ketika itu, saya bersama dengan seorang ustaz dan memang ada berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini melibatkan pakej umrah.
“Syarikat itu juga sebenarnya sedang bermasalah pada ketika itu. Saya juga mengalami tekanan kerana ada pihak yang menggunakan cara tertentu untuk untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
“Disebabkan hal itu juga, hubungan saya dengan pihak agensi pelancongan menjadi renggang,” kongsinya lagi.
Penyampai radio, Zayyan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Makan Malam Kesadaran Amal Al-Muqwa yang berlangsung di Restoran Seri Kunyit, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ditanya adakah dia bakal mengambil tindakan undang-undang, Faizal memaklumkan dirinya enggan mengeruhkan lagi keadaan.
“Tidak. Dia sendiri pun dalam masalah. Jadi, jangan tambahkan lagi. Ketika itu, hubungan kami agak renggang.
“Saya banyak salahkan dia sebab jemaah banyak tumpukan masalah mereka kepada saya.
“Jadi, ketika itu, dia pun mungkin dalam tekanan. Jadi, dia kena buat satu cerita,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Faizal mendedahkan keharmonian rumah tangganya tidak terjejas disebabkan khabar angin tersebut.
“Isteri saya okay sahaja. Kalau hal melibatkan poligami ini, isteri saya tiada masalah dan tidak menolak sepenuhnya.
“Malah, kalau benar saya nak berkahwin lain atau berpoligami, saya akan berterus terang dengan dia,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Faizal akui tidak berani untuk mengulas sama ada dia bakal berpoligami pada masa akan datang kerana segalanya merupakan kententuan Illahi.
“Saya tak boleh ulas hal itu sekarang tapi akan datang, kita sendiri tak tahu kerana kita hanya manusia. Ada yang kata, orang yang banyak bercakap ni, mereka tak berani buat.
“Namun, mereka yang senyap tu, tiba-tiba mereka yang berkahwin,” akhirinya.
Terdahulu, Faizal bakal bergandingan bersama penyanyi, Mawi untul mengacarakan Majlis Makan Malam Kesadaran Amal Al-Muqwa yang bakal berlangsung pada 17 Februari ini.
Majlis makan malam ini juga diadakan bagi mengumpul dana bagi menampung kos operasi pusat tahfiz, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim, Faqir, Miskin & Dhuafa’ Madrasah ‘Ulumulquran Wal Ahadith.
Konsert ini bakal menampilkan barisan selebriti Datuk Awie, Ali XPDC, Ijam Medicine, Adi WOW dan Anjang Terrarossa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak, Achey akui tidak menyangka akan menerima hadiah istimewa berupa sebuah kereta jenis Ford Ranger daripada usahawan jersi, Faris Azri.
Menurut Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, pada awalnya, dia hanya ingin membantu Faris untuk mempromosikan produk jersi keluarannya sehingga meraih sasaran jualan yang diharapkan.
“Allah nak bagi, Allah akan bagi. Datang macam mana, melalui apa dan bagaimana, itu kita sendiri tak jangka.
“Dengan niat aku bantu dia promosi gila-gila di beberapa tempat untuk mencapai apa yang dia inginkan untuk produk Choii Official. Sampai orang kata bosan tgk media sosial aku asyik Choii sahaja.
“Maafkan saya semua. Saya niat nak bantu dia. Antara sebabnya adalah Team Choii layan saya macam family mereka. Itu sahaja,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan oleh anggota kumpulan Bocey itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, Achey turut menyifatkan pemberian tersebut sebagai penghargaan terbesar sepanjang berkecimpung di dalam dunia seni.
“Ini penghargaan yang paling besar yang pernah diberikan kepada saya. Yang lain semuanya daripada pertandingan,” katanya.
Pada masa sama, Achey turut memaklumkan dia sangat senang bekerja bersama Faris dan stafnya kerana menganggapnya sebagai keluarga.
“Saya ini, selain kerja atau perkhidmatan yang saya jalankan, saya juga memandang suasana kerja saya. Jika mereka inginkan kerja semata-mata, saya akan ikut setiap inci peraturan kerja saya.
“Tapi jika mereka mahukan keluarga kerja, maka lebih dari kerja saya akan buat.
Kenapa? Sebab saya suka suasana positif dan interaksi yang mudah dalam kerja saya.
“Kalau jenis ‘Eh aku dah bayar kau, ikut cakap aku eh?’ Boleh! Ini harga aku dan ini rules aku pula. Haa masa tu memang aku betul-betul artis la.
“Kau layan aku kawan. Aku akan jadi sahabat. Kau layan aku sempoi. Aku akan jadi keluarga,” kongsinya lagi.
Terdahulu, menerusi sebuah video tular di aplikasi Tik Tok, Faris telah membuat kejutan di sebuah program karnival jualan dengan menhadiahkan Achey sebuah kereta Ford Ranger.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...