Uncategorized

‘Lelaki seharusnya Melindungi Wanita’ – Neelofa Buka Mulut Tentang Lelaki Memukul Wanita Kerana Tidak Bertudung!

Share

Seperti yang kita tahu, Neelofa merupakan salah seorang selebriti wanita yang berjaya. Pengaruhnya dalam industri dan kalangan wanita cukup besar dan mampu mempengaruhi ramai orang.

Melihat apa yang terjadi pada seorang warga indonesia dikasari oleh seorang lelaki yang dianggap tidak betul kerana memukul wanita disebabkan tidak memakai hijab tular di media sosial, Neelofa telah tampil bersuara.

Munurut Lofa, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku. Malah apabila sebuah portal di luar negara turut melaporkan tentang isu ini, Lofa menganggap ia sebagai salah satu perbuatan yang mengeruhkan nama Islam.

Melalui sebuah posting di Instagram, Lofa mempersoalkan adakah ini caranya Islam dan Malaysia dilihat oleh orang luar terutamanya negara yang bukan beragama Islam.

Malah Lofa turut meminta kaum wanita untuk jangan takut melindungi kaum sejenis sekirannya dikasari seperti ini.

Manakala lelaki pula janganlah mengambil kesempatan untuk mengasari kaum wanita kerana lelaki sepatutnya bersifat melindungi bukannya berkasar seperti ini.

Terdahulu kecoh tentang sekumpulan warga Indonesia dipercayai pekerja sebuah kilang berdekatan yang sedang menunggu di sebuah perhentian bas di Pulau Pinang menjadi kecoh apabila didatangi seorang lelaki kurang siuman memaki dan memukul salah seorang pekerja kerana tidak bertudung.

 

IKLAN