Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menzahirkan rasa sebak saat menziarahi sahabatnya yang juga merupakan pengarah filem tersohor, Azhari Zain yang kini sedang terlantar akibat serangan angin akhmar.
Menurut Aliff, Azhari merupakan individu yang bertanggungjawab memberikannya tunjuk ajar mengenai bidang lakonan sewaktu menjayakan filem Badang.
“Mohon doakan sahabat saya @zaccazharizain kembali sihat. Siapa kenal Abang Z ni? Cuba komen dibawah. Hari ini saya melawat seorang sahabat yang saya sudah anggap seperti abang saya sendiri banyak kenangan manis saya dengannya ketika berlakon filem Badang.
“Dia mengajar saya dalam bidang seni lakonan. Ketika satu Malaysia mengecam lakonan filem BADANG dia berikan saya semangat,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada lima orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, Aliff turut memaklumkan Azhari kini berada dalam keadaan yang sangat lemah dan lehernya terpaksa ditebuk bagi melancarkan proses pernafasan.
Ads
Tambanya lagi, dia turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama memanjatkan doa agar Azhari dapat kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.
“Hari ni dia dalam keadaan lemah. Tidak mampu bercakap, bergerak, atau makan. Malah leherya terpaksa ditebuk untuk bernafas tetapi bila saya jumpa dia terus dia menangis macam faham apa yang saya rasa.
“Ya allah berat sungguh dugaan beliau yang punya anak dan isteri. Mohon doakan semoga dia kembali seperti dulu kala #orangbaikramaisayang,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersebtuh selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Azhari.
Ads
“Tak boleh la tengok sampai habis, mula je dah keluar air mata ya Allah.
“Semoga diberikan kesembuhan oleh Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamiin.
“Syafakallah Encik Zack. Seorang pensyarah yang sangat baik, sentiasa ambil berat perihal students. Moga Allah leraikan segala kesulitan. Ameen Ya Mujeeb.
“Orang baik selalu diuji tanda Allah sayang.
Ads
“Syafakallah. Berat ujian Allah. Semoga cepat sembuh tuan Azhari,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Azhari atau lebih sinonim dengan panggila Zack merupakan pengarah tempatan yang telah menghasilkan pelbagai filem-filem hebat tanah air seperti Jin Notti, Santau, Mantra dan macam-macam lagi.
Setakat ini, video yang dikongsikan oleh Aliff telah pun meraih lebih satu juta tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara Zulin Aziz mengejutkan ramai pihak selepas memberikan bayangan dia kini tidak lagi bergelar isteri kepada Farhan Norzaini.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Zulin atau nama sebenar, Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, memberitahu tiada lagi persefahaman antara mereka berdua.
“Mungkin sampai sini sahaja kisah kami. Tiada persefahaman.
“InsyaAllah masa merawat semuanya. Thank you for everything, take care,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi hantaran itu, Zulin turut memuat naik gambar hari pernikahan mereka.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memberi reaksi terkejut dengan berita tersebut memandangkan pasangan ini selalu menunjukkan kebahagiaan mereka bersama di laman sosial masing-masing.
Tahniah diucapkan kepada penyanyi, Aiman Tino yang bakal mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya, Syarah Haifa, Khamis ini.
Berita gembira tersebut turut disahkan bapanya, Yusri Ishak, lapor Harian Metro.
Yusri berkata, majlis raja sehari itu akan diuruskan sepenuhnya oleh penaja yang juga pengendali acara.
“Majlis akad nikah akan berlangsung selepas solat Asar kira-kira jam 5.30 petang di Segambut. Semuanya diuruskan oleh pihak penaja.
“Aiman kata, keluarga datang sahaja nanti dan menikmati majlis hari bahagia ini,” katanya.
Berkongsi mengenai persediaan kahwin anaknya itu, Yusri meyakini ia adalah keputusan terbaik dibuat Aiman.
“Kalau rasa teruja itu, mungkin ada, tapi dah biasa sebab ini adalah menantu ketiga dalam keluarga. Sebagai ibu bapa, apa yang penting adalah, dia suka jodohnya.
“Pokok pangkal adalah dia sendiri. Kalau umur dia 23 tahun pun, dan dia rasa dah bersedia untuk berumah tangga, teruskan. Kalau umur dia dah 27 tahun pun, tapi belum bersedia, tak jadi juga.
“Saya yakin, Aiman sendiri pun tahu mengenai komitmen barunya ini dan mungkin sudah tiba masanya untuk ada orang jaga makan minum serta pakaiannya. Dia pun inginkan teman hidup.” katanya lagi.,
Difahamkan, majlis resepsi pula akan berlangsung di Shah Alam pada 6 Mei depan.
Terdahulu, media melaporkan penyanyi berusia 25 itu mendedahkan akan mendirikan rumah tangga tahun ini selepas menghantar rombongan merisik Syarah Haifa, Januari lalu
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas dikritik susulan tindakannya untuk tidak lagi mengenakan hijab sejak Oktober lalu, pelakon, Sarah Hildebrand mengalu-alukan sesiapa yang tidak suka dengan cara kehidupannyanya ketika ini untuk berhenti daripada mengukuti perkembangannya di media sosial.
Menurut Sarah, meski pun setiap orang berhak untuk memiliki pendapat yang berbeza namun kita semua tetap harus menghormati pegangan orang lain.
“Jika anda tak suka dengan saya, cara hidup saya atau kepercayaan yang saya pegang, maka kita boleh tak sependapat dan saya minta kita hormati perkara itu.
“Sekiranya anda tidak mampu untuk memahami perkara tersebut, anda dialu-alukan untuk menekan butang unfollow. Butang tersebut sentiasa ada,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon drama, Pujaan Hati Kanda itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Sarah turut menyeru orang ramai agar lebih berfikiran terbuka terutamanya ketika membahaskan mengenai perkara-perkara yang boleh dianggap sebagai sensitif.
“Walau bagaimanapun, saya menyeru kepada anda semua agar sentiasa menyebarkan perkara yang positif, cinta, serta kebijaksaan beremosi dan bukanlah dengan kebencian, membuli dan mengganggu orang lain.
“Silalah belajar untuk berbincang secara terbuka mengenai topik-topik yang penting yang kadang-kala agak susah untuk dibahaskan. Terima kasih,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata sokongan selain turut mendoakan yang terbaik buat Sarah.
Sumber: Instagram Sarah Hildebrand
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo menerima hadiah luar biasa apabila wartawan terkemuka Arab Saudi, Ibrahim Al Faryan yang menghadiahkan seekor unta sempena meraikan...