Ads

Legenda Fesyen Dunia, Valentino Garavani Meninggal Dunia Pada Usia 93 Tahun

Dunia fesyen antarabangsa hari ini kehilangan seorang figura ikonik apabila pereka legenda Itali, Valentino Garavani, disahkan meninggal dunia pada usia 93 tahun di kediamannya di Rome.

Pemergian pengasas rumah fesyen mewah Valentino itu sekali gus menutup satu lembaran besar dalam sejarah industri fesyen dunia yang telah dibentuk oleh sentuhan kreatifnya selama lebih enam dekad.

Valentino bukan sekadar pereka fesyen, sebaliknya simbol keanggunan klasik dan kemewahan abadi. Namanya sinonim dengan potongan sofistikated, siluet feminin serta warna ikonik Valentino Red yang menjadi identiti eksklusif jenamanya dan sering mencuri tumpuan di pentas peragaan serta acara karpet merah berprestij.

Pilihan Karpet Merah

Sepanjang kerjaya gemilangnya, Valentino cukup dikenali sebagai pereka kegemaran selebriti di peringkat antarabangsa.

Ads

Rekaan eksklusifnya pernah digayakan oleh nama-nama besar seperti Elizabeth Taylor, Audrey Hepburn, Julia Roberts, Anne Hathaway serta Lady Gaga, menjadikan setiap kemunculan mereka di hadapan lensa kamera menjadi satu momen fesyen ikonik.

Selain selebriti Hollywood, jenamanya turut menjadi pilihan digayakan oleh selebriti-selebriti Malaysia di karpet merah, acara istimewa ataupun penggambaran majalah.Antara yang pernah menggayakan jenama ini seperti Marion Caunter, Daiyan Trisha dan Scha Alyahya.

Ads

Fashion’s Last Emperor

Digelar Fashion’s Last Emperor,  hasil rekaan Valentino sentiasa menjadi pilihan kerabat diraja dan tokoh berpengaruh dunia, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pereka paling dihormati dalam arena haute couture.

Ads

Setiap busana yang dihasilkan bukan sekadar pakaian, malah karya seni yang memancarkan kehalusan, disiplin dan cita rasa kelas tertinggi.

Walaupun Valentino bersara secara rasmi daripada dunia rekaan pada 2008, legasi serta pengaruhnya kekal hidup melalui jenama yang diasaskannya dan terus menjadi inspirasi kepada generasi pereka baharu. Estetika romantik, elegan dan timeless yang dibawanya masih relevan hingga ke hari ini.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Ada Kala Chat, Main Game Dengan Orang Tak Kenal…,” – Jarang...

Pelakon dan usahawan, Scha Alyahya mengakui dia mengambil serius soal batas pergaulan, terutamanya apabila melibatkan anak-anaknya yang semakin meningkat awal remaja.
error: Hello. Cannot.