Juri tetap Kilauan Emas 2025 (KE2025), Erra Fazira berpuas hati dengan kualiti persembahan yang ditampilkan oleh setiap peserta pada minggu separuh akhir.
Menurut Erra, semua peserta jelas menunjukkan kesungguhan bagi merebut tempat ke konsert akhir minggu hadapan.
“Saya sangat berpuas hati dengan persembahan pada malam ini. Saya tahu mereka sudah all out dan berikan yang terbaik.
“Ada peserta yang sedikit ‘tergeliat’ dan ada juga yang tampilkan persembahan bertaraf final,” katanya kepada MH selepas berakhir konsert.
Berkongsi pandangan mengenai ramalan konsert akhir, Erra menyifatkan saingan kini terbuka luas, termasuk daripada peserta underdog yang mula mencabar kedudukan peserta teratas.
“Persaingannya sangat sengit dan salah seorangnya sudah tentu Mazleen. Kita juga ada peserta seperti Zanie dan Nawary.
“Nawary tunjukkan persembahan luar biasa malam ini. Dia merupakan peserta underdog. Untuk yang lelaki pula, Zekrai antara yang menyerlah. Setiap minggu dia tampilkan persembahan terbaik,” ujarnya.
Dalam masa sama, Erra turut mengingatkan agar peserta menguasai semua aspek pemarkahan, bukan sekadar vokal.
“Saya rasa setiap peserta perlu menguasai semua aspek pemarkahan. Jangan hanya utamakan vokal sahaja kerana persembahan secara keseluruhan juga diambil kira.
“Mereka juga perlu perbaiki bahagian penguasaan pentas. Itu juga masuk dalam pemarkahan. Mereka kena curi markah-markah ini.
“Saya harap kita akan jumpa seorang juara yang akan membawa nama Kilauan Emas 2025 yang akan terus kekal relevan dan tidak akan tenggelam selepas berakhir program,” katanya lagi.
Ads
Leeza & Kinar Tersingkir
Pada minggu separuh akhir ini, perjalanan Leeza dan Kinar terhenti apabila mereka diumumkan tersingkir daripada saingan.
Ketika ditemui, Leeza tidak menafikan rasa terkilan apabila gagal melangkah ke pentas akhir.
“Sudah tentu saya rasa agak sedih kerana saya memang betul-betul berjuang untuk melangkah ke konsert akhir. Namun, tak mengapalah. Ini adat pertandingan.
“Lagipun saya bangga dengan pencapaian diri sendiri sepanjang berada di KE2025. Saya bertanding dengan peserta-peserta yang lebih berpengalaman.
“Mereka sudah biasa buat persembahan di pentas-pentas besar. Untuk berada di tahap ini, saya sudah cukup gembira,” katanya.
Leeza juga mendedahkan faktor kesihatan sedikit sebanyak menjejaskan prestasinya.
Ads
“Semasa menyertai KE2025 ini, kesihatan saya tidak berapa baik pada peringkat awal. Setelah jumpa sebuah klinik yang disarankan oleh seorang kawan, saya rasa keadaan suara saya minggu ini dalam keadaan terbaik.
“Mungkin disebabkan masalah kesihatan itu, saya jadi tak berani untuk berjuang membawakan lagu yang mencabar. Mungkin rezeki saya sampai di sini sahaja,” ujarnya.
Sementara itu, Kinar yang sebelum ini sering menerima undian tinggi mengakui terkejut dengan keputusan tersebut.
“Saya terkejut kerana tersingkir. Saya sudah buat yang terbaik. Jujur dari hati, saya memang tak puas hati.
“Untuk menguasai dua buah lagu dalam masa tiga hari, bukan kerja mudah. Kita kena hafal lirik, tarian dan penghayatan.
“Seperti apa yang dikatakan oleh pihak juri kepada saya, saya rasa netizen akan boleh menilai dan berfikir sendiri,” katanya.
Konsert separuh akhir turut digamatkan dengan persembahan artis undangan T-Rez Kamikaze, Datuk Nora Ariffin dan Zarith Mega.
KE2025 bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105) atau strim menerusi Astro One dan sooka.
Sistem pemarkahan ditentukan melalui 70% juri profesional, 20% juri awam serta 10% undian penonton. Juara musim ini bakal membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Selain konsert mingguan, peminat juga boleh mengikuti Diari Kilauan Emas 2025 bermula 11 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat jam 11.30 malam, serta Kapsul Profil Peserta mulai 5 Ogos jam 3 petang.
Untuk musim ini, Elly Mazlein kembali sebagai pengacara utama, dibantu pelawak Joey Daud.
Barisan juri terdiri daripada Erra Fazira, Roy Azman serta Ning Baizura, manakala Zarul Husin bertindak sebagai hos Spotlight selepas konsert.
KE2025 juga boleh distrim secara fleksibel menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan aplikasi sooka.
Suka rancangan dan drama terbaharu? Nikmati hiburan tempatan dan antarabangsa tanpa henti dengan Astro One — kini dengan bundle eksklusif Disney+ Hotstar dan HBO Max, dari RM69.99/sebulan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal membuat kemunculan istimewa di Fun Run Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2025 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 September ini.
Kehadiran penghibur nombor satu negara itu dijangka menyerikan acara santai bersempena Hari Usahawan Negara (HUN) dan Hari Malaysia yang bermula pada 12 September selama lima hari.
Lebih menarik, majlis pelepasan larian santai yang julung kali dianjurkan itu turut disertai pempengaruh terkenal, Pinn Yang, bersama barisan selebriti lain.
Penganjur yang juga Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn Bhd, Rayme Zainal berkata pihaknya menyasarkan lebih 1,000 peserta bagi larian yang bermula pada pukul 7.00 pagi itu.
Tambah Rayme, larian tersebut menawarkan dua kategori iaitu 3 kilometer (km) dan 5 km bagi menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga serta rakan-rakan.
“Tawaran harga penyertaan larian dibuka sehingga 7 September ini dan tiket boleh dibeli secara dalam talian di laman rasmi pendaftaran Ticket2u atau ikuti saluran media sosial Anjung Malaysiaku.
“Apa yang menarik, ia merupakan kemunculan istimewa Siti Nurhaliza yang akan bersama peserta larian memeriahkan Hari Malaysia nanti dengan aktiviti menarik dan berfaedah,” katanya yang turut bekerjasama bersama SimplySiti sebagai Rakan Strategik.
Fun Run ini bukan sekadar acara larian santai, tetapi juga sebuah perayaan kebersamaan, gaya hidup sihat dan kecintaan terhadap Malaysia.
Lebih istimewa, ia menjadi kemuncak kepada karnival gaya hidup, hiburan serta makanan & minuman (F&B), iaitu Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2025 yang berlangsung selama lima hari bermula 12 September di lokasi sama.
“Fun Run ini adalah cara kami menyatukan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang.
“Kami mahu menjadikan festival ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu platform tahunan untuk usahawan, pempengaruh, artis dan rakyat Malaysia meraikan kreativiti, inovasi dan identiti negara.
“Jadi daftar sekarang, pakai kasut larian anda dan mari cipta memori indah bersama ribuan rakyat Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil,” kata Rayme.
Dalam pada itu, Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta hadir dengan kolaborasi bersama Hari Usahawan Negara (HUN) yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM).
Gabungan ini bukan sahaja mengangkat dunia F&B dan gaya hidup, tetapi turut membuka peluang luas buat usahawan tempatan menampilkan produk serta membina jaringan strategik bersama komuniti.
Anjung Malaysiaku Foodie Run 2025 menjanjikan pengalaman unik untuk rakyat Malaysia meraikan Hari Malaysia yang bermula dengan larian, berseronok, dan akhirnya menikmati kepelbagaian budaya serta makanan negara.
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, orang ramai boleh layari Ticket2u serta IG rasmi @ANJUNGMALAYSIAKU.
Pelakon popular Indonesia, Nirina Zubir mengakui berdebar apabila pertama kali melakonkan adegan ciuman dalam siri terbaharu Netflix, Ratu Ratu Queens.
Pengalaman melakukan adegan tersebut merupakan kali pertama dilakukannya selepas sekian lama berkecimpung dalam industri seni.
Nirina menyatakan rasa syukur kerana dipasangkan dengan aktor antarabangsa, Michael Notardonato yang disifatkan sangat profesional serta memahami situasi dirinya.
Menurut Nirina, lawan mainnya itu banyak membantu mengurangkan rasa gugup dengan menjaga aspek kecil yang penting, antaranya sentiasa memastikan kebersihan diri dan mulut.
“Untungnya Michael rajin berus gigi. Thank you so much for Michael for always brushing your teeth and did not eat onions before that” katanya ketika ditemui media tempatan Indonesia.
Selain aspek kebersihan, Michael juga mengambil pendekatan memberi ruang dan masa untuk Nirina menyesuaikan diri, sekali gus menjadikan adegan itu lebih natural.
Menariknya, Nirina turut menegaskan bahawa beliau terlebih dahulu mendapatkan kebenaran suami sebelum bersetuju melakonkan babak berkenaan.
“Untuk babak ini saya perlu melakukan persiapan mental selain mendapat lampu hijau daripada suami,” ujarnya.
Siri Ratu Ratu Queens yang disiarkan di Netflix kini menjadi antara produksi tempatan Indonesia yang dinantikan ramai.
Kehadiran pelakon berpengalaman seperti Nirina digabungkan dengan bakat antarabangsa memberi warna baharu kepada naratif drama berskala global itu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon terkenal, Selena Gomez, akhirnya menamatkan zaman bujangnya apabila sah bergelar isteri kepada penerbit muzik, Benny Blanco dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Santa Barbara, California semalam.
Berita tersebut menjadi tular apabila pelantun lagu I love You Like A Love Song itu memuat naik gambar perkahwinannya di laman Instagram dengan kapsyen bertulis,”9.27.25.”
Menurut laporan Vogue, majlis perkahwinan itu dihadiri kira-kira 170 tetamu, terdiri daripada keluarga terdekat, rakan rapat serta beberapa selebriti antarabangsa termasuk Taylor Swift, Steve Martin, Martin Short dan Paris Hilton.
Selena yang berusia 33 tahun itu tampil anggun dalam gaun perkahwinan rekaan khas rumah fesyen Ralph Lauren dengan sentuhan floral halter neck dan bodice berstruktur.
Benny, 37, turut memilih persalinan tuksedo rona hitam dipadankan dengan bowtie daripada jenama sama bagi melengkapi persalinan yang digayakan isterinya.
Pasangan berkenaan turut mengadakan rehearsal majlis makan malam sehari sebelum acara utama berlangsung. Bagaimanapun, lokasi dan butiran majlis dikawal rapi sehingga ke saat akhir bagi mengelakkan pendedahan awal kepada media.
Pada Disember tahun lalu, Selena mengumumkan pertunangan mereka melalui hantaran di Instagram sebelum kedua-duanya mengabadikan cinta dalam album kolaborasi berjudul I Said I Love You First yang diterbitkan Mac lalu.
Sebelum menemui kebahagiaan bersama Benny, kehidupan cinta Selena pernah menjadi tatapan umum apabila dia menjalinkan hubungan putus sambung dengan bintang pop Kanada, Justin Bieber.
Pasangan itu berpisah secara rasmi pada 2018 apabila Justin memilih untuk berkahwin dengan model Hailey Baldwin. Selena juga pernah dikaitkan dengan penyanyi The Weeknd, namun hubungan tersebut hanya bertahan kurang setahun.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.