Pemilik nama penuh, Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan yang juga merupakan bekas peserta program realiti nyanyian Akademi Fantasia (AF) musim pertama mengakui terpaksa melanggar janji untuk kembali ke arena seni suara.
Meski setelah lebih dua dekad beliau meninggalkan dunia seni dan hiburan tanah air, jelas Nana tujuan dia berbuat demikian, adalah demi menghasilkan lagu yang mampu menjadi penyuntik semangat untuk para wanita di Malaysia.
Mahu Kongsi Semangat Jatuh Bangun ‘Anak Seni’ Wanita Di Malaysia
“21 tahun lalu, saya telah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak menyanyi lagi. Saya pun sedar diri yang nyayian saya tidak berapa sedap.
“Namun, saya mencari kekuatan untuk menghasilkan sebuah karya lagu yang telah dilancarkan pada sambutan Hari Wanita, terdahulu.
“Ia merupakan sebuah lagu motivasi dan bukan menyasarkan ke AJL. Saya hanya mahu berkongsi semangat jatuh bangun sepanjang bergelar anak seni.
“Saya tahu ramai pengikut saya di media sosial sangat sukakan konten-konten positif yang selalu saya hasilkan. Jadi, karya ini merupakan hadiah buat mereka. Semoga ia turut menjadi asbab kepada kebaikkan,” katanya.
Ads
Dapat Dorongan Dan Sokongan Penuh Suami & Mentor Nyanyian!
Katanya lagi, semangat untuk kembali menyanyi hadir selepas mendapat dorongan daripada suami, Mohamed Raqeem Brian Abdullah dan mentornya, Datuk Jerry.
“Saya sebenarnya telah disuruh oleh mentor saya iaitu Datuk Jerry. Saya banyak belajar daripada beliau. Katanya ini bukan fasal suara tetapi perkongsian perjalanan hidup.
“Suami pun sokong walaupun ketika itu saya masih berbelah bahagi. Saya tahu ia akan mengundang banyak kecaman daripada netizen.
Ads
“Malah, ketika ini juga, ramai yang memuat naik semula video-video lama saya ketika menyanyi. Namun, disebabkan saya ada matlamat yang baik, saya teruskan juga,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Nana turut mengakui bahawa agak sukar bagi dirinya untuk membiasakan diri kembali mengadakan sesi rakaman di studio untuk memenuhi tuntutan berkenaan pada ketika itu.
“Saya tidak berapa suka dengan proses rakaman. Bila masuk ke studio dan kita mula memakai headphone, saya rasa tekanannya agak tinggi. Mungkin sebab itu saya tak suka jadi penyanyi.
“Namun, produser pula mengatakan tidak mengapa jika nyanyian tidak sempurna kerana ia merupakan karya yang lahir dari hati. Mungkin lama lagi kalau saya nak menyanyi balik pun,” katanya lagi.
Ads
Respon Positif Dari Warganet Buat Nana Teruja!
Dalam pada itu, Nana akui teruja dengan respon positif daripada netizen yang rata-ratanya rindu untuk melihat Nana kembali menyanyi.
“Bila kita lancarkan pada 8 Mac lalu, penerimaan orang sangat positif. Tiada pun yang berikan komen negatif. Mungkin mereka rindu nak dengar nyanyian saya.
“Ada yang kata saya boleh menyangi tapi kena lagu yang sesuai. Mungkin masyarakat dapat merasai apa yang ingin saya sampaikan,” akhirinya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Hampir setiap tahun, majlis Met Gala sering ditunggu-tunggu peminat industri hiburan dan fesyen dunia bagi merai seterusnya menyaksikan konsep dan gayaan tersendiri artis kegemaran mereka.
Menyarung persalinan pereka terkenal serata dunia, masing-masing dilihat seperti tak tahu kalah dalam bergaya saban tahun.
Tahun ini, figura terkenal dunia seni dan fesyen melangkah penuh gaya di karpet merah Metropolitan Museum of Art, New York siang tadi, waktu tempatan.
Apapun, penampilan bintang realiti glamor, Kim Kardashian sekali lagi menarik perhatian para peminatnya.
“Mugler Drip Straight out of the ocean @manfredthierrymugler His first design in 20 years.”kongsi Kim.
Baju yang telah diperagakan Kim tahun ini sangat unik apabila dia mengenakan ‘dress’ dalam perincian lateks sama kristal sebagai aksesori yang melekap pada tubuh.
Direka pereka Thierry Mugler menerusi rekaan pertamanya dalam tempoh 20 tahun, gaun Kim dikatakan hanya mampu disiapkan dalam tempoh 8 bulan.
Menambah elemen wet look, perincian baru kristal turut ditambah sebagai simbolik kepada titisan air atau baru sahaja berjalan keluar selepas disimbahi air laut persis babak filem 1957, Boy on a Dolphin lakonan Sophia Loren.
Lantas ia dikatakan turut menepati tema Met Gala tahun ini yang bertemakan Camp : Notes On Fashion, tahun ini.
Sementara itu, suaminya pula mengenakan jaket hitam ilham Dickies Eisenhower jacketyang hanya berharga $43, lengkap dengan Yeezy Season 4 Military Combat boots.
Sumber : Instagram Kim Kardashian & Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah terkenal, Ebit Lee berkongsi gaya romantis menyambut Aidilfitri bersama isterinya.
Rakaman video dia dan isteri berpegangan tangan sambil diserikan dengan lagu Janam Janam dan bait-bait kata romantis cukup menyentuh hati.
Jelas Ebit, isterinya sentiasa ada di sisi pada setiap saat diperlukan dan kerana doa wanita itulah dia terus gagah berjuang menyebarkan kebaikan.
“Meh pegang tangan abang. Kita beraya pusing rumah. Bidadariku kasihan sayang. Duduk rumah paling best pegang tangan bidadari pusing rumah. Berbual-bual. Bermanja-manja. Anak semua dah tahu dah. Semua senyum jer.
“I love u bidadariku. Jika sedih dan ada ujian, bidadari saya akan doakan saya. Biasanya jika saya seorang menangis belum kabul doa..bila bidadari yang selalu berjuang dirumah ini tadah tangan masa tu saya senyum dan rasa syukur. Saya tahu insyaAllah sekejap lagi Allah kabulkan doa ini. .
Selalu dari dulu begitu. Baiknya Allah. Doa wanita dirumah ini ajaib. Dulu doa mak yang sentiasa bersamaku. Kini doa seorang isteri yang bila dia menangis menjadi dalam doa menjadi perisai dan kekuatan di luar. Pernah dengar tangan membuai buaian menggoncangkan dunia. Jangan pandang rendah doa mak. Doa isteri.
“Ya Allah betapa diriku menyayangi bidadariku ini. Sayangilah dirinya. Jaga,sihat,beris sentiasa cantik menawan dihatiku. Senyuman dan wajah yang menguatkan perjuangan ini. Tangisan dalam doa menjadi asbab kaki ini terus berjuang. I love u bidadariku. I miss sayang bidadariku-ebitlew,” kongsinya.
Penyanyi, Fazli Zainal meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas dan memiliki suara untuk terus bernyanyi.
Menurut Fazli, baru-baru ini dia telah pun berjumpa dengan doktor pakar bagi memeriksa keadaan peti suaranya yang dikhabarkan masih lagi didalam proses pemulihan.
Katanya lagi, selepas perjumpaan tersebut, dia semakin mensyukuri segala nikmat yang telah pun dikurniakan kepadanya selama ini.
“Alhamdulilah Allah masih beri saya nafas dan suara lagi. Syukur. Ini prosedur biasa yang akan dilakukan untuk melihat keadaan peti suara atau vocal chords kita sekiranya berlaku jangkitan dan sebagainya.
“Allahuakhbar, Allah Maha Besar. Kita cuma nampak apa yang kita nampak je tapi jarang terfikir bagaimana Allah mencipta sesuatu dari sekecil zarah sehinggalah sebesar organ dalam tubuh kita ni,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Harapan ini menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu, Fazley turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan agar keadaan peti suaranya dapat kembali pulih seperti sedia kala.
Tambahnya lagi, keputusan pemeriksaan tersebut dijualkan akan diketahui dalam masa dua minggu.
“Saya sempat berjumpa Mr Azmi pakar ENT dari @msumcmalaysia berkaitan peti suara saya yang masih dalam proses penyembuhan. Kita tunggu lagi dua minggu ya. Doakan saya segera sembuh. Terima kasih adikku,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan agar proses tersebut berjalan lancar buat Fazli.
“MasyaAllah, moga diberi kesembuhan ya.
“Allahu, semoga diberikan kesembuhan seperti sedia kala dan dipermudahkan proses penyembuhan you.
“Speedy recovery abang.
“Ya Allah berikanlah kesembuhan sepenuhnya pada Fazli Zainal.
“Semoga terus kuat semangat dan sihat,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, Fazli telah menerima rawatan di Hospital Ampang selama 29 hari selepas dijangkiti wabak Covid-19.
Pada ketika itu, Fazli juga dilaporkan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan selepas tahap oksigennya menerusi ke paras 70 peratus.
Sumber: Instagram Fazli Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!