Uncategorized

‘Leave The LGBT Community Alone!’ – Alicia Amin Mohon Jangan Ganggu Golongan LGBT

Share

Setiap individu mempunyai pendapat tersendiri terhadap sesusatu perkara dan kalau kita dapat lihat sekarang ini, ramai yang mula bercakap tentang Lesbian, Gay, Bisexual and Trandsgender (LGBT) yang semakin berleluasa di negara ini.

Berkaitan isu LGBT ini, MH ada ternampak Insta Stories daripada seorang model terkenal yang pernah menjadi salah seorang peserta program Asia’s Next Top Model musim kelima, Alicia Amin yang memberikan pendapatnya supaya tidak mengganggu golongan LGBT ini.

Alicia telah berkongsi satu keratan akhbar tempatan yang menulis tentang ciri-ciri LGBT.

Model terkenal ini nampaknya tidak bersetuju dengan ciri-ciri LGBT yang tertera pada akhbar berkenaan.

Terdapat juga beberapa video Alicia di Insta Storiesnya yang menyuarakan pendapat bahawa tulisan di akhbar itu tidak bagus dan akan menimbulkan diskriminasi terhadap agama dan banyak lagi.

Bagi MH memang betul setiap orang mempunyai pendapat mereka yang tersendiri tapi bagi mereka yang beragama Islam, LGBT ini adalah sesuatu yang salah di sisi agama dan seharusnya kita bersama-sama membanteras daripada golongan LGBT ini menjadi berleluasa dan merosakkan akidah setiap muslim.

Sumber: Instagram Alicia Amin

IKLAN