Categories: Uncategorized

Laungan Azan Alif Satar Tarik Perhatian

Share

Malam semalam, Alif Satar telah mencairkan semua hati peminatnya. Semua ini gara-gara tersebarnya video Alif yang sedang melaungkan azan di sebuah majlis.

Video ini mencuri perhatian netizen apabila pelakon dan pemenang Fear Factor Selebriti Malaysia, Hairul Azreen berkongsi video tersebut di laman Instagramnya serta memaklumkan Alif adalah idolanya.

Aliff yang berbaju kemeja putih kelihatan sungguh yakin dan lancar seperti sudah biasa melakukannya.

Ramai pengguna sosial media memuji kelunakan suara pengacara tersebut. Ada yang mengagumi dengan bakat dan kebolehan yang ada.

Ini adalah antara pujian yang diberikan oleh para netizen tetang kelunakan suara Aliff.

Menyedari videonya telah menjadi bualan hangat, Alifsempat meninggalkan pesanan yang ringkas padarakannya itu.

Hmmm… mungkin alif agak segan bila menerima terlalu banyak pujian termasuk Hairul yang menjadikan bapa kepada dua orang anak ini sebagai idolanya.

Apa pun, kami memang puji kebolehan yang Alif ada. Bukan sahaja berbakat dalam bidang pengacaraan, nyanyia dan boleh berlakon, Alif juga dikatakan bijakdalam ilmu agama.

Huntung isteri Alif kan…

Nah, ini dia video pendek yang sempat dirakamkanoleh Hairul Azreen.

IKLAN