
Gara-gara meninggalkan komen berunsur fitnah dan kebencian, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menyifatkan tindakan individu-individu terbabit sebagai pengecut.
Ia susulan tindakan mereka yang memadam semua hantaran selepas isu berkenaan tular di media sosial sejak semalam.
Menurut Uyaina, perkara sebegini seakan sudah menjadi satu tabiat kerana mereka merasakan tiada siapa akan mengambil tindakan.
View this post on Instagram
“Lepas kes semalam, masing-masing padam komen, private dan deactivate akaun. Semua lari bertempiaran macam lipas kena spray.
“Apa yang saya dapat simpulkan dekat sini, orang yang berani mengumpat orang lain secara terang-terangan dekat sosial media ni rasa mereka akan sentiasa terlepas.
“Mereka rasa orang yang dorang ngumpat tu, takkan ambik apa-apa tindakan. Takkan expose dorang. Dan benda ni jadi habit. Suatu kebiasaan untuk diorang,” jelasnya.
Perkara itu dikongsikan oleh pengacara program Wanita Hari Ini itu menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Selasa.
Tegas Ia Fitnah, Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang
Tambah Uyaina, hal seperti ini tidak boleh dibiarkan hanya kerana statusnya sebagai figura awam.
Malah dia turut menafikan dakwaan kononnya dia bersikap sombong ketika berurusan di bank, dan menyifatkannya itu sebagai fitnah yang cuba mencalarkan imejnya.
“Ada yang cakap suami dia banker dan pernah uruskan permohonan pinjaman saya dan cakap saya kekwat kalah Dato Datin.
“Saya tak pernah buat pinjaman seumur hidup saya. Sama ada perempuan itu atau suaminya. Fitnah dan rosakkan reputasi saya.
“Bila saya confront dan suruh dia bagi nombor telefon dan details suami dia tu, terus padam komen. Takut. Lepas ni, jom normalisasikan confrontation. Tengok berani ke tak,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Uyaina menjelaskan dia juga sebenarnya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya keadaan memerlukan.
“Tu belum lagi saya putuskan untuk ambil tindakan mahkamah. Saya boleh buat di atas banyak sebab munasabah seperti fitnah, buli siber, gangguan.
“Sebenarnya, saya boleh sahaja cari awak terus guna username dan email awak. Lokasi penuh, semua saya boleh dapat. Nak ke sampai jadi macam tu? Malas aku.
“Ada orang ni memang kena diajar sampai tahap macam tu baru otak dia boleh jalan sikit,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, sejak semalam, nama Uyaina menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa dakwaan di media sosial tentang sikap sebenar pengacara itu di belakang kamera.
Ada juga yang mendakwa Uyaina bersikap biadap dan sering memotong percakapan tetamu sewaktu mengacarakan program.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaina Arshad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI