Uncategorized

Lara Alana Curi Tumpuan Lagi

Share

Ramai yang suka melihat telatah dan wajah comel anak perempuan kesayangan pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari iaitu Lara Alana.

Apa tidaknya, setiap kali gambar Lara dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya mahupun di Instagram ibu bapanya pasti mendapat ribuan ‘like’.

Kemunculan Lara Alana mencuri tumpuan ketika menghadiri majlis hari jadi anak lelaki pelakon Dynas Mokhtar, Mohamed Haqaish, 5, yang bertemakan Superhero.

Awal atau nama penuhnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 36, telah berkongsi beberapa foto menarik anak perempuan kesayangannya itu menerusi akaun Instagram (IG)nya dan juga Lara.

Gelagat comel Lara Alana memakai kostum Superhero, Wonder Woman mendapat perhatian peminat dan dihujani ribuan komen dari peminat di ruangan komen.

Ramai yang geram dan jatuh hati pada gelagat Lara. Ada juga yang tidak boleh ‘move on’ dengan gelagat Lara yang teruja ketika menggayakan pakaian tersebut walaupun foto-foto tersebut dimuatnaik dua hari yang lalu.


Sehingga kini ruangan komen setiap foto juga masih lagi dihujani dengan komen-yang memuji kecomelan Lara.

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

IKLAN