Uncategorized

Langsung Tak Heboh & Menunjuk-nunjuk, Fouziah Gous Sebenarnya Berpangkat Datin?

Share

Wow, itu yang mampu MH katakan apabila melihat perkongsian pelakon cantik yang cukup dikenali dengan imej manis dan lemah lembutnya.

Siapa sangka dalam diam-diam rupanya kini Fouziah Gous telah bergelar ‘datin’!

Semua ini dapat dikesan apabila Fauziah sendiri ada berkongsi satu gambar di Insta Storiesnya yang berkongsi kegembiraan atas percapaian suami tercintanya.

Apa yang membuatkan ramai membuka mata besar apabila melihat nama yang tertera dibawah gambar suaminya serta pangkatnya sudah berbeza.

 

 

Perkongsiannya ini telah membuatkan ramai memberi respon serta kagum bagaimana Fouziah boleh bersahaja dan tidak menunjuk-nunjuk langsung tentang pangkatnya itu.

Bagus betul Fouziah, MH juga tak nafikan suka melihat sikap serba sederhananya.

Okay tak nak cakap banyak, korang lihat sendiri gambar-gambar terkini Fouziah Gous yang boleh mencuri hati sesiapa yang memandang.

IKLAN