Nampaknya kes Hafiz Hamidun mendapat perhatian ramai.

Melalui sebuah portal akhbar tempatan, seorang Imam Besar, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya iaitu Ustaz Hazaruddin Baharuddin menegur tindakan penyanyi tersebut yang ragu-ragu terhadap perkahwinannya.

Menurutnya, tindakan Hafiz tidak wajar dan seharusnya mengambil tindakan lebih awal bukannya separuh jalan.

Lambatkan Faraq, Hafiz Hamidun Ditegur Imam

IKLAN

Malah, Imam tersebut turut memberitahu Faraq hanya diputuskan oleh mahkamah apabila perkahwinan tersebut terbukti hilang salah satu syarat sah nikah.

“Faraq bermaksud perkahwinan yang dibubarkan melalui talak atau selain daripadanya, namun dalam sistem perundangan Islam di Malaysia, faraq merujuk kepada pembubaran bukan melalui talak.

 

“Faraq hanya diputuskan oleh mahkamah apabila terbukti sesuatu perkahwinan tidak sah, apa yang dimaksudkan tidak sah ialah hilang salah satu syarat sah nikah.

 

“Dalam kes Hafiz Hamidun, dia seharusnya mengambil tindakan itu sejurus selepas timbul rasa was-was terhadap perkahwinan bukan sudah separuh jalan sehingga timbul pertikaian baru nak bertindak,” ujarnya kepada mStar Online.

Malah, Ustaz Hazaruddin turut memberitahu tindakkan penyanyi tersebut meninggalkan isterinya dalam tempoh masa yang agak lama sebenarnya tidak adil buat isterinya.

IKLAN

Lambatkan Faraq, Hafiz Hamidun Ditegur Imam

IKLAN

Bukan itu sahaja, Imam tersebut turut meluahkan rasa kebimbangannya terhadap apa yang telah dilakukan Hafiz kerana bimbang ada segelintir masyarakat yang mungkin akan lakukan perkara yang sama melambatkan proses faraq.

“Dia seorang selebriti, apa yang dia lakukan akan menjadi ikutan masyarakat. Apa yang kita bimbang peraka seperti ini menjadi ikutan oleh orang lain yang ingin bercerai cara mudah,” katanya lagi.

Apa pun MH Online harap masalah yang timbul ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera mengikut cara yang betul dan semoga kedua-dua pasangan ini sentiasa kuat dan tabah mengharungi dugaan ini.

SUMBER : mStar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI